Skuter Elektrik Yamaha EC-05 Bakal Dijual Di Taiwan, Harga RM13.3K

oleh Muhammad Md Tajudin|
Gelombang motosikal elektrik berkemungkinan menjadi besar selepas ini apabila Yamaha Motor Co., Ltd. mengumumkan pelancaran skuter elektrik EC-05 pada 1 Ogos depan.

Meski pasaran sudah ditawarkan dengan pelbagai model skuter elektrik namun ia belum disambut secara oleh pengeluar ternama seperti Yamaha, Honda, Suzuki atau Kawasaki.

EC-05 sendiri adalah motosikal elektrik kelima yang dilancarkan Yamaha selepas Passol pada 2002, EC-02 pada 2005, EC-03 pada 2010 dan E-Vino pada 2014.

Menariknya EC-05 adalah produk kerjasama dengan Gogoro Inc. dari Taiwan sendiri. Pada September 2018, Yamaha memulakan kajian bersama Gogoro untuk bekerjasama dalam bidang perniagaan EV di Taiwan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Yamaha EC-05

EC-05 adalah hasil daripada projek kerjasama tersebut. EC-05 direka oleh Yamaha Jepun berdasarkan platform keluaran Gogoro dan akan dijual di bawah jenama Yamaha melalui rangkaian jualan Yamaha Motor Taiwan.

Berkenaan bateri pula, pengguna tidak perlu merasa bimbang kerana EC-05 boleh menggunakan lebih daripada 1,200 stesen penukaran bateri Gostation yang disediakan oleh Gogoro Energy Network.

Satu lagi perkara menarik ialah pengeluaran EC-05 akan dibuat oleh Gogoro. Berkenaan dengan spesifikasi teknikal EC-05, tidak yang signifikan dikongsi oleh siaran rasmi media.

Yamaha EC-05

Gogoro adalah sebuah syarikat start-up yang mula beroperasi sejak tahun 2011 dan telah menerima banyak pelaburan daripada syarikat antarabangsa di antaranya Panasonic, Temasek dan Sumitomo Corporation.

Gogoro mempunyai lima buah skuter elektrik iaitu S1, S2, S2 Adventure dan S2 Café Racer.

Laman web taiwannews melaporkan Yamaha EC-05 menggunakan nadi kuasa Gogoro S2. Jarak perjalanan EC-05 yang dilaporkan ialah 110 kilometer dengan output kuasa 10 hp dan tork 26 Nm.

Kelajuan maksimum EC-05 ialah 90 km/j dan pecutan dari 0 hingga 50 km/j hanya mengambil 3.9 saat sahaja.

Yamaha EC-05

Yamaha mensasarkan jualan sebanyak 20,000 unit EC-05 di Taiwan dalam tempoh setahun selepas pelancaran.

Yamaha EC-05 ditawarkan pada harga NT$ 99,800 (RM 13,314), angka yang tinggi untuk sebuah motosikal namun biasa sahaja pada aras kenderaan elektrik.

Kami tertanya adakah Yamaha EC-05 akan mendapat sambutan jika dipasarkan di sini? Ini adalah Yamaha dan bukan sebarang jenama yang baru hendak bertapak.

Lagi satu persoalan ialah bilakah pengeluar ternama lain akan turut sama mengarusperdanakan motosikal elektrik? Harley Davidson pun ada, bossku!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

*NT$ 9 = RM 0.13

Yamaha EC-05

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…
Informasi
Maka tidak menghairankan apabila garaj rumahnya yang terletak di Kampung Gong Badak, Terengganu…