Skuter elektrik Yamaha E01 bakal diperkenal di Malaysia! Guna sebagai PoC untuk pihak berminat

oleh Muhammad Md Tajudin|
Yamaha E01
Yamaha E01
Sudah banyak kereta elektrik ditawarkan di pasaran tempatan. Pengguna dua roda juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan motosikal elektrik cuma pilihan belum meluas.

Ini pula pengesahan dari pengeluar Jepun. 

Yamaha Motor Co., Ltd. pada 17 Mac mengesahkan skuter elektrik E01 akan diperkenalkan secara berperingkat di Eropah, Indonesia, Jepun, Taiwan, Thailand dan Malaysia!

Skuter itu akan diperkenalkan sebagai unit pembuktian konsep (PoC) bermula Julai 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Yamaha E01

E01 disasarkan kepada pengendali perkongsian kenderaan, kerajaan tempatan, agensi kerajaan dan pihak lain yang berminat.

Ianya dibuat bagi memahami keperluan pengguna sebenar, potensi dalam perniagaan berkaitan, membuka pasaran baharu dan pelbagai lagi.

Yamaha belum menjelaskan kaedah pelaksanaan sama ada melalui pinjaman, sewaan atau pajakan. 

Dari segi posisi, E01 adalah skuter elektrik dengan penggunaan menyamai skuter petrol bersesaran 50cc hingga 125cc dan prestasi bersesuaian untuk pengangkutan antara bandar.

 

Yamaha E01

 

Berikut adalah ciri-ciri teknikal Yamaha E01:

  • Skuter elektrik kelas 8.1 kW
  • Motor elektrik yang dibangunkan dan dikeluarkan sendiri oleh Yamaha
  • Bateri kekal, bukan jenis tanggal
  • Anggaran jarak gerak 104 kilometer
  • Tiga sistem pengecasan berbeza
  • Rangka khas untuk model ini

 

Yamaha E01

 

Sebelum E01, Yamaha baru sahaja mengumumkan penawaran skuter elektrik NEO'S di Eropah dan turut merancang untuk memperkenalkannya di negara ASEAN.

Bezanya, NEO's menggunakan kaedah bateri boleh tanggal di mana pengguna boleh menukarnya di stesen bateri yang tersedia.

Seperkara lagi, E01 dikeluarkan di Iwata, Jepun manakala NEO's di Vietnam.

Berkenaan harga, NEO's ditawarkan pada 2,999 Euro (RM13,808) dengan sasaran jualan 10,000 unit setahun di Eropah.

Harga E01 pula belum dikongsikan.

 

Yamaha E01

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Reka bentuk PAS Wagon dibuat mesra pengguna melalui rangka bentuk U yang rendah dan mudah untuk…
Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…