
Sebenarnya, harga asal skuter ini ialah RM2,999, tetapi harga tersebut boleh dikurangkan kepada RM599 sekiranya anda layak menerima insentif dari kerajaan melalui program MARICass (Malaysia Electric Motorcycle Incentive Scheme) yang memberikan rebat bernilai RM2,400 bagi pembelian motosikal elektrik.
Namun begitu, skuter Solo 1C ini tidak disertakan dengan bateri. Sebaliknya, pengguna perlu menyewa bateri secara bulanan pada kadar RM59 sebulan, dan turut dikenakan caj tambahan RM10 sebulan untuk pelan sambungan digital (connectivity pack) selama lima tahun.

Jika dikira keseluruhan kos sewa sepanjang lima tahun:
-
Sewa bateri: RM59 x 60 bulan = RM3,540
-
Connectivity pack: RM10 x 60 bulan = RM600
-
Jumlah kos keseluruhan: RM4,140
Jadi walaupun harga permulaan RM599 kelihatan sangat menarik, jumlah sebenar komitmen keseluruhan selepas lima tahun boleh mencecah RM4,739 (RM599 + RM4,140).
Spesifikasi Skuter Elektrik Solo 1C:
-
Bateri: LFP 2nd Generation 2000W
-
Pengecas: Soket 3-pin biasa (dengan perancangan untuk versi bateri swappable akan datang)
-
Halaju maksimum: 75 km/j
-
Jarak gerak: 101 km mengikut piawaian NEDC
-
Mod tunggangan: 4 mod
-
Ciri pintar: Boleh dikawal melalui aplikasi telefon pint
Skuter ini sesuai untuk penunggang harian di kawasan bandar yang mahu beralih kepada mobiliti mesra alam dengan kos permulaan yang rendah. Namun begitu, pengguna perlu mempertimbangkan kos sewa bateri jangka panjang dan sama ada ia benar-benar berbaloi berbanding motosikal biasa atau alternatif EV lain.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan, boleh lawati laman rasmi: www.mymesra.com.my