Skuter elektrik pintar Blueshark R1 bakal dilancarkan kelak, CKD Q3 2023

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pembekal skuter elektrik pintar Blueshark bakal menembusi pasaran Malaysia dengan penawaran skuter elektrik R1, selain mengumumkan untuk memasang skuter itu secara CKD menjelang suku ketiga 2023 (Q3 2023).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkara itu diumumkan dalam satu majlis tandatangan memorandum kerjasama (MoC) antara Blueshark dengan EP Manufacturing Berhad (EPMB), serta syarikat tempatan termasuklah Blueshark Ecosystem Sdn Bhd, dan Malaysian Green Technology & Climate Change Corporation (MGTC).
 

R1


Pengenalan skuter Blueshark R1 ini bertujuan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi gig untuk mobiliti urban yang lebih hijau, selain membantu perusahaan kecil sederhana (SME) di Malaysia.

Berdasarkan spesifikasi, Blueshark R1 dikuasakan oleh motor elektrik tunggal berkuasa 6.7 hp (5 kW) dan daya kilas 201 Nm.
 

R1


Pecutan 0-50 km/j adalah sepantas 4.9 saat sementara kelajuan maksimum pula dihadkan kepada 80 km/j.

Blueshark R1 menampilkan sistem bateri berkembar lithium-iron-phosphate (LFP) yang boleh ditukar, berkapasiti 1,440 Wh setiap satu yang menawarkan jarak sejauh 110 km.
 

R1


Antara ciri moden yang dimuatkan pada skuter ini termasuklah skrin sentuh berwarna penuh bersaiz 10 inci dengan penarafan kalis air IPX5, sistem operasi ArkRide OS yang boleh disesuaikan paparannya, sistem kamera berkembar depan dan belakang yang bertindak sebagai perakam tunggangan, serta penderia ultrabunyi pengesan titik buta.

EP Manufacturing Berhad (EPMB) sebelum ini telah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) dan Homologasi, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) di bawah Akta Pengangkutan Jalan Malaysia 1987 untuk mendaftar dan melesenkan kenderaan elektrik dua roda (EV) pertamanya.

Berita Berkenaan

Berita Global
Mengikut spesifikasi, Lambretta Elettra 2024 ini datang dengan motor elektrik tunggal berkuasa 15…
Berita Global
Diperlihatkan buat kali pertama pada September yang lalu, Honda Motocompacto merupakan satu tribut…
Pelancaran Motosikal
Ditawarkan pada harga RM5,999 seunit, YADEA E8S Pro ini dibekalkan dengan mnotor elektrik 2.68 hp…