Skuter elektrik konsep dari Harley - macam Ruckus.

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Harley-Davidson memang serius dalam penghasilan motosikal elektrik dan Livewire yang akan dijual itu menjadi bukti.

Satu lagi model elektrik dari jenama legenda US itu ialah skuter ini.

Cukup untuk dua orang dewasa, konsep kerangka dengan bateri di bawah ini memang seperti konsep skuter Honda Ruckus yang digilai kerana nilai "sempoi" dan praktikalitinya.

Walaupun ia nampak ringkas, skuter elektrik ini masih menampilkan ciri-ciri sebuah Harley-Davidson.

 

 

Lampu gelang LED itu memang pastinya tidak akan digunakan dalam model produksi tetapi konsepnya unik.

Cat legap hitam dengan bahagian dalam rangka menggunakan warna oren Harley juga berjaya menaikkan sifat agresifnya.

 

 

Akhir sekali, roda lidi dengan tayar gemuk seperti membawa ciri Fat Bob sementara palang hendal tinggi dan panjang ala BMX juga seperti chopper sejati.

Buat masa sekarang, ia masih lagi dalam peringkat konsep tetapi seperti Live Wire, kami pasti Harley Davidson akan menjualnya kelak.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Peminat dan pengunjung boleh menikmati tawaran yang tiada tandingan dan tawaran mendebarkan untuk…
Berita Domestik
Didi Resources juga akan menyediakan perkhidmatan selepas jualan melalui rangkaian pengedar…
Pelancaran Motosikal
CVO ialah umpama varian premium untuk jenama Harley-Davidson di mana ia menampilkan aksesori dan…