Skuter elektrik Indonesia Gesits - Presiden Widodo mahu jadi pembeli pertama!

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala Malaysia masih lagi menunggu keputusan berkenaan projek kereta nasional ketiga, negara jiran kita Indonesia bakal menghasilkan motosikal elektrik sendiri bermula pada tahun hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Motosikal ini akan dipasarkan menggunakan jenama Gesits atau nama panjangnya Garasindo Electric Scooter ITS, hasil kolaborasi antara pemain automotif tempatan Garasindo Group dan juga Ten November Institure of Technology di Surabaya. 

Menariknya, motosikal elektrik ini mempunyai kandungan tempatan yang agak besar, iaitu sekitar 89% termasuklah lampu utama dan alat pemutus kejutan. 
 

Produksi motosikal ini akan mengambil tempat di kilang pemasangan PT Wika Industri dan Konstruksi dengan sasaran awal sebanyak 60,000 setahun. 

Skuter baharu tersebut baru-baru ini telah diuji sendiri oleh Presidn Joko Widodo, dan dikhabarkan beliau berjanji akan menjadi pembeli pertama produk tersebut.

Malah, dalam satu kenyataan, beliau (kerajaan) tidak akan melindungi produksi motosikal elektrik ini dan menambah, "harga jualan perlulah kompetitif supaya mampu bersaing di dalam pasaran."

Dengan harga sasaran jualan sekitar Rp 23 juta (RM6,550++) menurut Pesuruhjaya Garasindo, Zaki Nahdi Saleh menambah, pihak mereka telah menerima tempahan keseluruhan berjumlah 30,000 unit.

Selain menghasilkan motosikal elektrik, kerajaan Indonesia juga sedang merancang untuk menghasilkan kereta elektrik, sebagai langkah untuk mempromosikan penggunaan tenaga hijau di dalam negara di samping mengurangkan pelepasan gas ke atmosfera. 

Diberitahu bahawa permohonan proposal untuk projek kereta elektrik ini sedang menanti kelulusan daripada Presiden itu sendiri. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Aion akan berkolaborasi dengan Indomobil Group yang berpengkalan di Jakarta untuk memasang EV di…
Berita Global
Budi Karya berkata, kemudahan proving ground tersebut akan dibina di Pusat Ujian Kelayakan Jalan…
Berita Global
Timbalan Penyelaras Infrastruktur dan Pengangkutan di Kementerian Koordinator Hal Ehwal Maritim dan…