Skuter elektrik - Eclimo turun harga ke RM10k

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat skuter elektrik jenama tempatan, Eclimo telah memperkenalkan sebuah varian yang datang dengan harga lebih rendah.

Varian ES11 S sebenarnya secara teknikal sama seperti model ES11 tetapi untuk varian terkini itu, halaju maksimum diturunkan dari 100 kmsj kepada 80 kmsj. Eclimo adalah sebuah skuter elektrik yang telah lulus ujian piwaian kenderaan Malaysia dan boleh didaftarkan untuk kegunaan jalanraya awam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jarak perjalanan sekali caj juga 20 km lebih rendah. Ia kini mampu berjalan sejauh 80 km dengan satu caj penuh bateri (kelajuan malar 50 kmsj).

Harga jualan untuk ES11 S ini ialah RM9,999 (tanpa insurans dan cukai jalan), lebih rendah dari ES11 yang berharga RM14,500. Menurut Pengarah Eksekutif dan juga pengasas Eclimo, Datuk Dennis Chuah, varian ES11 S diperkenalkan agar ia lebih mampu dimiliki.

"Kami sebenarnya sudah menerima tempahan untuk varian S ini dan penghantaran dijangka bermula bulan Oktober nanti," ujarnya.

 

eclimo ES11 S


Untuk yang berminat, bayaran pendahuluan ialah RM1,000 dan varian S hanya boleh didapati dalam warna putih sajaha.

Skuter elektrik Eclimo ini sebenarnya sangat sesuai untuk perjalanan jarak dekat dan dilihat sebagai pengangkutan mikro yang paling praktikal.

Hasil ciptaan anak tempatan dan juga dikilangkan di Pulau Pinang, skuter elektrik ini tidak perlu diservis, tidak perlu diisi minyak dan dengan pengecaj terbina, anda boleh menggunakan soket dinding untuk mengecajnya. Ini menjadikan ia calon "motor surau" paling mudah untuk dijaga dan ia juga mudah untuk ditunggang.

 

 

Eclimo ialah syarikat berteraskan teknologi bateri dan mempunyai paten global untuk cara pemasangan unik bagi bateri Lithium Ion. 

Eclimo ES11 S dan ES11 menggunakan bateri Lithium Ion (Lithium Cobalt Manganese) berbentuk silinder.  Di bawah ialah spesifikasi teknikalnya.

Eclimo ES11 S

  • Berat: 140 kg
  • Brek: Hidraulik depan belakang
  • Berat muatan maksimum: 212 kg
  • Jenis bateri: Lithium Ion
  • Kapasiti bateri: 72V50AH 3.6kWh
  • Berat bateri: 40 kg
  • Jangka hayat bateri: 1,000 pusingan
  • Voltan caj: 110V/240V
  • Jenis motor elektrik: 11 inci radial hub
  • Kuasa maksimum: 4,000W
  • Kuasa puncak: 6,000W
  • Daya kilas: 120 Nm
  • Kelajuan maksimum: 80 kmsj

 

 

Untuk menghubungi Eclimo, lawati laman web mereka di www.eclimo.com atau di Facebook (Eclimo Motors) dan Instagram @eclimomotors

Di bawah ialah video tunggang uji Careta bagi model Eclimo ES11. Jika anda beranggapan tidak ramai yang berminat, anda silap kerana Eclimo menerima tempahan yang menggalakkan sejak ia dilancarkan.

Jarak perjalanan yang terhad juga sesuai untuk dijadikan motosikal anak ke sekolah kerana mereka tidak akan "merayau" jauh.

 

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Eclimo ES-11 boleh didapati dalam empat varian iaitu versi asas, ES-11 Pro, ES-11 Delivery dan juga…
Berita Global
  Nampaknya Yamaha sudah pun memfailkan paten untuk E01 dan EC-05 khusus untuk digunakan bagi…