Skuter elektrik Blueshark terima 23,000 unit pesanan untuk pasaran Indonesia, Vietnam

oleh Penyumbang Rencana|
EP Manufacturing Berhad (EPMB) telah menerima pesanan utama untuk membekalkan skuter elektrik (e-Bikes) sebanyak 23,000 unit untuk pasaran Indonesia dan Vietnam.


Penghantaran tersebut dijangka bermula pada suku pertama tahun ini dan ia adalah peristiwa penting bagi kumpulan untuk meluaskan perniagaannya dalam kenderaan elektrik beroda empat (EV) yang telah diumumkan sebelum ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif EPMB, Lim Sim Yee berkata, pesanan tersebut diterima susulan daripada pemeteraian perjanjian oleh EPMB melalui anak syarikatnya, EP Blueshark Sdn. Bhd.  dengan Averte Global Pte Ltd. (Averte) yang berpangkalan di Singapura dan Blueshark Group Ltd (Blueshark) yang berpangkalan di Hong Kong.

 

Melalui perjanjian tersebut, Averte dan Blueshark telah bersetuju untuk menjadi rakan kongsi usaha sama dan pembeli.

 

Perjanjian pembelian akan berkuat kuasa selama lima tahun daripada tarikh perjanjian induk ini dan ia boleh dilanjutkan dengan persetujuan bersama, sepanjang tempoh tersebut, EP Blueshark dijangka membekalkan sekurang-kurangnya dua juta e-Bikes kepada pembeli.

 

Harga bagi setiap e-Bikes dijangka berada dalam lingkungan AS$1,850 (RM8,084.50) hingga  AS$3,900 (RM17,043).

 

“Perjanjian lima  tahun ini akan mewujudkan sumber pendapatan baharu bagi Kumpulan dengan margin yang mantap. Ini akan meletakkan kami pada pertumbuhan yang dipercepatkan sambil kami berusaha untuk mendapatkan lebih banyak pembeli yang sedemikian pada masa hadapan. 

 

“Walaupun penerokaan EV kami hanya bermula kurang dari setahun yang lalu, kami telah melihat sambutan yang kukuh daripada bakal pelanggan.

 

“Kami melihat peluang pertumbuhan yang luar biasa untuk EV beroda dua di Indonesia dan Vietnam,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

 

Averte terlibat dalam perniagaan penghantaran produk dan perkhidmatan hijau yang inovatif dan memberi impak di Asia. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mengikut spesifikasi, Lambretta Elettra 2024 ini datang dengan motor elektrik tunggal berkuasa 15…
Berita Global
Diperlihatkan buat kali pertama pada September yang lalu, Honda Motocompacto merupakan satu tribut…
Pelancaran Motosikal
Ditawarkan pada harga RM5,999 seunit, YADEA E8S Pro ini dibekalkan dengan mnotor elektrik 2.68 hp…