Menggunakan skuter maxi Burgman 400 sebagai asas, ia dilengkapi dengan tangki hidrogen dengan tekanan 700 bar (10,000 psi) dan enjin petrol yang diubahsuai untuk membolehkan ia menggunakan gas tersebut.
Walaupun ia lebih kompak dari penggunaan sel bahanapi hidrogen (hydrogen fuel cell), kerangka Bergman itu terpaksa dipanjangkan untuk memuatkan tangki hidrogen tersebut. Namun begitu, tidak seperti konsep sel bahanapi, skuter hidrogen ini masih mengekalkan ruang barang di bawah pelana.
Tidak ada informasi yang banyak berkaitan prestasi dan jarak gerak untuk Burgman istimewa ini tetapi yang pasti, kenderaan dengan tenaga hidrogen tidak memerlukan masa yang panjang untuk diisi (sama seperti mengisi minyak petrol/diesel).
Cuma pada kelajuan tinggi, ia memerlukan jumlah tenaga yang tinggi, sama seperti hidrogen. Nampaknya, kenderaan-kenderaan masa hadapan memang akan mempunyai kelajuan yang lebih rendah, sangat sesuai untuk pemandu-pemandu lorong tengah yang wujud sekarang.