Skuter adventure WMOTO XDV 250i rasmi - harga jualan dari RM19k

oleh Mohamad Hanif|
MForce Bike Holdings Sdn Bhd baharu sahaja melancarkan secara rasmi skuter kembara bersesaran 250 cc, WMOTO XDV 250i 2023.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dijenamakan semula daripada model Longjia XDV 250Si, WMOTO XDV 250i ini membawakan enjin silinder tunggal bersesaran 244.3 cc sejukan cecair berkuasa 24 hp @ 9,750 rpm dan daya kilas 23 Nm @ 6.750 rpm.
 

Xdv


 
Ia membawakan sistem suspensi fork hadapan jenis terbalik Kayaba 37 mm, diikuti dengan penyerap hentak berkembar Kayaba di belakang.

Sistem brek pula terdiri daripada angkup J.Juan dengan rotor 240 mm depan dan 220 mm belakang, dibantu dengan sistem brek ABS dua saluran dan sistem pemantauan tekanan tayar.
 

Xdv


XDV 250i ini juga menawarkan ruang meletakkan barang yang luas di bawah tempat duduk sebesar 26 liter, kapasiti tangki sebesar 13.5 liter, slot pengecasan USB, paparan skrin berwarna LCD digital penuh, serta penghadang angin boleh laras.

XDV 250i ini dipasangkan dengan sistem lampu LED penuh termasuk lampu nyalaan siang DRL dan lampu kabus yang turut disertakan.

Tinggi tempat duduk adalah sekitar 800 mm.
 

Xdv


Terdapat dua varian yang ditawarkan, iaitu versi standard dan Project-X yang menambah beberapa aksesori mesra kembara seperti tiga boks pada bahagian belakang, rim jejari tanpa tiub dan penghadang angin yang lebih tinggi.

Untuk pasaran Malaysia, XDV 250i 2023 ini dijual pada harga bermula dari RM18,888 untuk versi standard, dan RM21,888 untuk versi Project-X.

Pihak MForce Holdings menyasarkan angka jualan skuter XDV 250i sebanyak 5,000 unit setahun.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Dari segi kuasa, ia didatangkan dengan enjin bersesaran 246.9 cc silinder tunggal yang mampu…
Berita Global
Yang mencuri tumpuan sudah pasti skuter kembara Kymco CV-L6.   Seperti yang anda lihat, Kymco CV-…
Pelancaran Motosikal
Apa yang menarik pada skuter kembara Aveta itu ialah ia dikuasakan dengan sistem "Hybrid Assist",…