Skuadron 601 TLDM guna dron pantau perairan negara

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa bulan yang lalu, angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melakar sejarah apabila berjaya menubuhkan Skuadron 601 yang bertanggungjawab mengendalikan aset ketenteraan terbaharu mereka, iaitu pesawat tanpa pemandu (UAV) ScanEagle.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pemerolehan 12 unit dron itu bertujuan untuk mempertingkatkan keupayaan TLDM dalam usaha mempertahankan kedaulatan perairan Malaysia.

Menurut laporan daripada Air Times, enam unit awal telah pun diterima daripada 12 unit yang diberikan oleh Amerika Syarikat menerusi program Maritime Security Initiative (MSI).

Difahamkan, kesemua unit dron ini akan dioperasikan oleh Skuadron 601 TLDM yang bepengkalan di Teluk Sepanggar bagi melakukan rondaan di kawasan maritim.
 


UAV Insitu ScanEagle memiliki berat sekitar 22 kg dan kelajuan maksimum 150 km/j itu mampu untuk beroperasi selama 12 jam dengan ketinggian pengoperasian ideal bermula dari 762 meter sehingga 1,524 meter.

ScanEagle juga memiliki keupayaan untuk dilancarkan dari atas kapal peronda TLDM, namun untuk peringkat awal ia akan beroperasi di daratan sebagai fasa latihan kepada para pengendali.

Program MSI memperuntukkan sejumlah 34 unit dron UAV untuk diberikan kepada negara seperti Malaysia, Indonesia, Vietnam dan juga Filipina.

Malaysia merupakan penerima terbesar dengan 12 unit UAV, diikuti Indonesia dan Filipina (masing-masing lapan unit), dan Vietnam (6 unit).

Sumber: Air Times, Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kontrak pertama melibatkan kontrak sokongan perkhidmatan interim (ISS) bagi kapal selam Kelas…
Informasi
Panglima TLDM Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob berkata 17 kapal adalah daripada TLDM, 15 kapal…
Berita Domestik
  Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, baginda selaku Kepten Yang Dipertua TLDM…