Skoda RE-X1 Kreisel - jentera rali berkuasa elektrik, 349 hp, 600 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Skoda mempunyai sejarah penglibatan di dalam sukan permotoran selama 120 tahun lamanya, dan sebagai meraikan pencapaian tersebut, pengeluar dari Czech itu membawakan sebuah jentera rali dengan pendekatan yang berbeza.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana tidak seperti jentera rali tipikal, 'Skoda Fabia' ini sebenarnya membawakan trenkuasa elektrik sepenuh masa yang dibangunkan oleh Skoda Motorsport, Skoda Austria, Kreisel Electric dan Baumschlager Rallye & Racing.

 

 


Dinamakan sebagai RE-X1 Kreisel, jentera rali elektrik ini menggunakan asas daripada Skoda Fabia Rally2 evo di mana casis asal telah diubahsuai supaya mampu memuatkan pek bateri lithium-ion pada bahagian lantai.

Pek bateri tersebut berkapasiti 52.5 kWh, sementara motor elektrik pula mampu menghasilkan kuasa setinggi 349 hp dan 600 Nm, jauh lebih berkuasa berbanding tetapan jentera rali standard yang mempunyai enjin 1.6 liter turbo (287 hp/425 Nm).

 


Disebabkan penambahan pek bateri yang berat, sistem suspensi telah ditala semula, dan penggunaan jentera di dalam perlumbaan akan dibantu oleh stesen pengecasan 200 kW yang akan dipasang di lokasi-lokasi yang ditetapkan.

Walaupun ia masih lagi bersifat jentera konsep, Skoda RE-X1 Kreisel ini sudah pun mendapat kelulusan homologasi oleh Austrian Motorsport Federation AMF (ÖAMTC) bagi membolehkan ia 'bertempur' secara rasmi di Austrian Rally Championship pada bulan ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia akan mengembalikan memori ketika pelumba rali Malaysia, Karamjit Singh yang mencipta sejarah…
Berita Global
Kini, perincian berkenaan SUV rali itu telah didedahkan sepenuhnya oleh Ford, di mana ia membawakan…
Sukan Bermotor
Subaru Motorsports USA baru-baru ini memperlihatkan jentera ampuh yang bakal digunakan untuk musim…