Skoda Octavia Scout muncul di UK, hanya untuk kegunaan pasukan penyelamat sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Crossover wagon merupakan segmentasi kenderaan yang dilihat mampu untuk memenuhi ruang niche yang ditinggalkan antara SUV dan wagon, di mana sebuah wagon itu diberikan ciri-ciri SUV seperti suspensi yang ditinggikan serta penampilan ala-ala kenderaan off-road.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beberapa contoh boleh dilihat sejak beberapa tahun kebelakangan ini seperti Audi A4 Allroad, Volvo V60 Cross Country, Volkswagen Golff Alltrack, Subaru Outback, serta Mercedes-Benz E-Class All-Terrain.

Untuk pasaran UK, Skoda turut menawarkan model crossover wagon Octavia Scout namun sayang sekali ia bukanlah disasarkan untuk kegunaan umum, sebaliknya dikhususkan untuk pasukan kecemasan sahaja.

Skoda Octavia Scout ini didatangkan dengan enjin 2.0 liter diesel turbo yang menghasilkan output 150 PS atau 200 PS yang dipadankan dengan transmisi DSG dan pacuan semua roda.

 


Apa yang membezakan antara model Scout dengan Octavia sedia ada adalah keupayaan pemanduan off-road disebabkan jarak kelegaan tanah 15 mm lebih tinggi (161 mm) berbanding Octavia standard, serta pakej off-road yang merangkumi skid plate gandar belakang, spring yang dinaiktaraf, talaan casis spesifik, serta mod pemanduan Off-road.

Yang pasti, Skoda Octavia Scout menawarkan ruang kargo sebesar 640 liter yang sangat praktikal untuk kegunaan pasukan penyelamat seperti ambulans, bomba dan juga pasukan polis.

 


Untuk peminat crossover wagon, khususnya peminat Skoda harap bersabar ya?

Baca: Skoda Superb Combi Polis New Zealand