ŠKODA Kushaq, SUV segmen B baharu dibangunkan di India

oleh Muhammad Md Tajudin|
ŠKODA Kushaq
ŠKODA Kushaq
ŠKODA AUTO mempunyai senarai model dengan nama unik dan sedap untuk disebut seperti Kodiaq, Karoq, Kamiq, Enyaq dan terbaru Kushaq.

Pengeluar dari Republik Czech itu bakal memperkenalkan SUV segmen B Kushaq di India yang juga model produksi pertama menggunakan platform MQB-A0-IN.

Platform itu adalah varian dari platform MQB yang diadaptasi khas oleh ŠKODA untuk pasaran India dan bakal digunakan oleh model lain dari Kumpulan Volkswagen di sana.

Kenapa India? ŠKODA AUTO sebenarnya sejak dari Jun 2018 lagi telah dipertanggungjawabkan bagi mengawasi aktiviti Kumpulan Volkswagen di subbenua India yang juga sebahagian dari projek INDIA 2.0.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
ŠKODA Kushaq

 

Kumpulan Volkswagen turut melabur sebanyak 1 bilion euro di dalam projek ini termasuk 275 juta euro untuk program penyelidikan dan pembangunan SUV saiz sederhana dan model hatchback.

ŠKODA AUTO juga menyelia aktiviti Audi, Porsche dan Lamborghini di India.

Kushaq adalah permulaan kepada penawaran empat buah model baharu saiz sederhana dari ŠKODA dan juga model Volkswagen.

Kesemua model ini akan dibangunkan dari platform MQB-A0-IN dan disesuaikan dengan keperluan pasaran India.

ŠKODA Kushaq bakal memasuki segmen SUV saiz sederhana yang sedang berkembang pesat  di sana dan merupakan model SUV ketiga selain Kodiaq dan Karoq.

 

ŠKODA Kushaq

 

Berikut ialah ciri-ciri ŠKODA Kushaq:

  • Dibina dari platform MQB-A0-IN.
  • Ukuran jarak roda 2,651 mm.
  • Dua pilihan enjin, 1.0 liter TSI dan 1.5 liter TSI.
  • Pacuan roda depan.
  • Tiga pilihan transmisi, enam kelajuan manual, enam kelajuan automatik atau 7 kelajuan DSG.
  • Lampu utama dan nyalaan siang LED sebagai ciri standard.
  • Skrin sentuh.
  • Pilihan penyaman udara automatik Climatronic, bergantung kepada varian.
  • Standard dengan beg udara pemandu dan penumpang depan.
  • Pilihan enam beg udara, bergantung kepada varian.
  • Pilihan Kawalan Penstabilan Elektronik, Hill-Hold Control, sensor lampu dan hujan, sistem kawalan jelajah dan pengawasan tekanan angin tayar.

Dibangunkan secara tempatan untuk pasaran India

  • Perancangan penyetempatan (localisation) sebanyak 95 peratus.
  • Pembangunan teknikal dibuat di pusat teknologi Pune yang dibuka pada Januari 2019.
  • Sebanyak 250 jurutera tempatan memainkan peranan penting di dalam pembangunan MQB-A0-IN.

 

ŠKODA Kushaq

 

ŠKODA AUTO di India

ŠKODA sebenarnya telah lama bertapak di India, pada separuh kedua 1930an syarikat telah mengeksport 90 buah kenderaan ke sana.

Menjelang tahun 1938, India merupakan negara eksport ketujuh terbesar ŠKODA yang ketika itu mempunyai 39 buah pasaran eksport.

ŠKODA bagaimanapun tidak mempunyai subsidiari sendiri sehingga tahun 2001. Sekarang ini ŠKODA menawarkan lima buah model iaitu Rapid, Octavia, Superb, Kodiaq dan Karoq.

Pada tahun 2019, India yang mempunyai lebih 1.3 bilion penduduk mencatatkan jualan kenderaan sekitar tiga juta unit.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

ŠKODA Kushaq