ŠKODA Kodiaq vRS 2021, guna enjin baharu 2.0 TSI 245PS!

oleh Muhammad Md Tajudin|
 ŠKODA Kodiaq vRS
ŠKODA Kodiaq vRS
Satu ketika dahulu, kenderaan buatan ŠKODA pernah dijual di negara kita sebelum dihentikan sehingga sekarang.

Model seperti Fabia masih boleh ditemui di atas jalan raya tempatan dan menjadi rekod jenama buatan Republik Czech di sini.

ŠKODA sebenarnya alternatif bagus untuk pengguna yang mahukan sesuatu berbeza tetapi sama dengan jenama Volkswagen. 

Maklumlah kedua-dua jenama itu berada di dalam konglomerat automotif yang sama.

Di antara model ŠKODA yang menarik ialah Kodiaq, sebuah SUV saiz besar dengan pilihan tujuh tempat duduk. 

Kodiaq dilancarkan pada tahun 2016 namun sejarah SUV atau jip ŠKODA telah lama bermula.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
 ŠKODA Kodiaq vRS

 

Pada tahun 1966 ŠKODA Trekka dibina di New Zealand dan begitu popular di sana. Menariknya, Trekka diasaskan dari model Octavia dan hampir 3,000 unit dikeluarkan.

ŠKODA kemudian melancarkan crossover Yeti pada tahun 2009 dan disusuli Kodiaq pada tahun 2016.

Keluarga SUV ŠKODA sekarang ini mempunyai lapan buah model pelbagai segmen.

Terbaru ŠKODA memperkenalkan Kodiaq 2021 dengan model sporti Kodiaq vRS menerima enjin 2.0 TSI petrol berkuasa 245 PS (242 hp).

Enjin 2.0 TSI itu adalah dari generasi EVO Kumpulan Volkswagen yang turut digunakan model lain dalam kumpulan. 

Kuasa enjin meningkat kepada 245 PS berbanding 240 PS sebelum ini yang menggunakan diesel biturbo (TDI). 

Selain itu, berat juga turun ketara sehingga lebih 60 kg berbanding enjin TDI.

 

 ŠKODA Kodiaq vRS

 

Enjin 2.0 TSI Kodiaq vRS dipadan bersama transmisi tujuh kelajuan DSG yang juga merendahkan berat sebanyak 5.2 kg.

Kodiaq vRS digerakkan oleh pacuan semua roda (AWD).

Dari segi penampilan, Kodiaq vRS mempunyai bampar depan yang direka khas untuknya dan nampak lebih garang. 

Bahagian belakang belakang pula mempunyai reflektor merentasi kiri dan kanan bampar. 

Identiti khas dengan logo vRS ditampal pada pintu but dan gril depan varian sporti ini.

 

 ŠKODA Kodiaq vRS

 

Lagi perbezaan pada vRS Kodiaq ialah roda aloi 20 inci Sagitarius warna hitam metalik, bingkai tingkap dan rel bumbung warna hitam.

Pada bahagian dalam, vRS Kodiaq dilengkapi kerusi sport warna hitam Suedia mikrofiber dengan sulaman kontra merah dan pelapik pintu turut dibalut bahan sama.

Kerusi sport dan pelapik pintu tampil dengan corak berlian dan turut menaikkan aura premium. Logo vRS berwarna merah disulam pada perehat kepala kerusi.

Satu lagi keistimewaan vRS Kodiaq ialah paparan digital Virtual Cockpit dengan mod paparan kelima yang menayangkan meter kelajuan dan kelajuan enjin.

 

 ŠKODA Kodiaq vRS

 

ŠKODA Kodiaq sebenarnya bukan dibina untuk pasaran Eropah sahaja. SUV ini turut dipasarkan di negara Asia dan dikeluarkan di China dan India.

Kodiaq juga dikeluarkan di Rusia dan secara keseluruhannya dijual di 60 buah pasaran serata dunia.

Setakat penghujung 2020, lebih 600,000 unit telah diserahkan kepada pelanggan dan ianya satu angka yang besar!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

 ŠKODA Kodiaq vRS