ŠKODA hero Kumpulan Volkswagen, keluarkan 2 juta enjin setahun untuk pelbagai jenama

oleh Muhammad Md Tajudin|
ŠKODA meskipun tidak lagi dijual di pasaran tempatan ia sebenarnya jenama gah di benua Eropah. Sejarah ŠKODA sangat panjang dan berada di dalam segelintir jenama kenderaan yang masih beroperasi sehingga kini.

Mladá Boleslav adalah sebuah bandar di utara Republik Czech dan merupakan lokasi bersejarah buat ŠKODA. Pada tahun 1895, syarikat Laurin & Klement ditubuhkan dan pada 1899 enjin pertama untuk basikal dikeluarkan. Di sini juga motosikal pertama L&K dikeluarkan.

L&K terus bergerak maju dan mengeluarkan kereta pertama iaitu Voiturette A yang dijana oleh enjin 1.0 liter V2.

Syarikat itu kemudian mencapai beberapa kejayaan penting pada tahun-tahun berikutnya dengan mengeluarkan Laurin & Klement FF, enjin lapan silinder sebaris pertama di Eropah Tengah.
Enjin Type A motosikal Laurin and Klement tahun 1899
Enjin Type A Motosikal Laurin and Klement Tahun 1899

 

Pada 1908, L&K keluarkan kenderaan hibrid pertama yang diasaskan dari Type E dan pada 1910, EL pula dikeluarkan yang merupakan enjin kapal terbang pertama.

1925 adalah tahun penting apabila L&K bergabung dengan ŠKODA yang berasal daripada bandar Pilsen, barat Republik Czech.

Dua perkara penting di dalam episod tersebut ialah keberadaan ŠKODA sehingga kini dan lokasi Mladá Boleslav yang merakamkan peristiwa bersejarah yang berlaku.

Satu lagi sejarah penting apabila ŠKODA menyertai Kumpulan Volkswagen pada tahun 1991. Sejarah ŠKODA yang gemilang terus cemerlang di dalam kumpulan ini.

ŠKODA tidak meninggalkan kepakarannya dalam bidang kejuruteraan dan bermula pada tahun 1997 ia mula membekalkan enjin kepada syarikat lain di bawah Kumpulan VW.

 

Pusat Pembanunan Enjin SKODA di Mladá Boleslav
Pusat Pembangunan Enjin SKODA di Mladá Boleslav

 

Enjin yang dibangunkan menggunakan kepakaran dalaman dimulakan dengan 1.0 liter berkuasa 50 PS. Pada 2001 pengeluaran enjin 1.2 HTP tiga silinder bermula dan digunakan di dalam pelbagai model seperti VW Fox, VW Polo dan Seat Ibiza.

Lapan tahun kemudian, enjin 1.2 TSI suntikan terus yang merupakan generasi enjin empat silinder ekonomikal dan mesra alam dilancarkan. Seperti sebelumnya enjin itu digunakan di dalam pelbagai model.

Pada 4 September 2014, Pusat Enjin Mladá Boleslav dan terus memainkan peranan penting ŠKODA AUTO di dalam pembangunan enjin untuk Kumpulan VW.

Sekarang ini kilang utama ŠKODA AUTO di Mladá Boleslav mengeluarkan enjin EA 211 bersesaran 1.0 liter hingga 1.6 liter yang digunakan untuk pasaran Kesatuan Eropah, Mexico, India dan Afrika.

Enjin terbaru yang dikeluarkan ialah 1.0 MPI EVO sejak 2018 dengan output kuasa 65 PS hingga 80 PS.

 

engine-centre-test-skoda.JPG
Pusat Ujian Enjin ŠKODA AUTO

 

Pengeluar terbesar dunia bagi enjin 1.0 MPI EVO ialah China dengan jumlah sebanyak 60 peratus dari tiga lokasi kilang iaitu Shanghai, Changchun dan Chengdu.

Kenderaan untuk pasaran Amerika Tengah dan Selatan pula dibekalkan dengan enjin dari Brazil manakala Rusia menggunakan enjin buatan negara itu sendiri.

Enjin MPI tiga dan empat silinder yang dibangunkan ŠKODA AUTO dikeluarkan di kilang Mladá Boleslav dengan  jumlah melebihi dua juta unit setahun dan ia juga lokasi pengeluaran dan pemasangan global untuk kenderaan dengan enjin tersebut.

Kepakaran para jurutera ŠKODA AUTO juga terbukti di dalam sukan permotoran melalui penglibatan dalam pembangunan enjin dan pencapaian kereta rali ŠKODA Fabia R5. Enjin ŠKODA AUTO turut digunakan di dalam industri seperti pam dan kereta bomba.

 

ŠKODA SCALA

 

Bahagian pembangunan enjin ŠKODA AUTO mempunyai lebih daripada 70 kakitangan berkelayakan. Bahagian pengeluaran enjin di kilang utama pula mempunyai sekitar 700 kakitangan.

Jenama ŠKODA mungkin jarang disebut atau mendapat perhatian seperti Volkswagen dan Audi tetapi hakikatnya ia adalah pengeluar yang diam-diam berisi.

Kepakaran dan fasiliti ŠKODA adalah sumbangan penting di dalam ekosistem Kumpulan VW dan ia mempunyai sejarah yang gemilang malah di dalam satu abad automotif dunia!.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

ŠKODA Fabia R5 2019
ŠKODA Fabia R5 2019

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
  Penyakit ini dikatakan melanda 13 juta orang di United Kingdom setiap kali musim panas. Demam…
Berita Global
Sebuah mahkamah di Prague memutuskan supaya para pemilik Skoda dan Volkswagen di Czech layak untuk…
Berita Global
Teringat pula zaman penulis belajar beberapa tahun yang lalu, di mana masalah perebutan slot parkir…