Skoda henti penawaran wagon Fabia Combi gara-gara regulasi Euro 7

oleh Mohamad Hanif|
Tidak semua model yang telah atau akan ditamatkan riwayatnya hanya disebabkan oleh permintaan yang semakin menurun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Di Eropah, Skoda membuat keputusan untuk menghentikan penawaran model wagon mampu milik Skoda Fabia Combi memandangkan pengeluar itu mahu bersiap untuk menghadapi regulasi emisi Euro 7 menjelang tahun 2025.
 

Fabia


Dengan ketiadaan model Fabia Combi, ini bermakna segmen wagon subkompak (B-segment) di Eropah kini semakin pupus dan ini bermakna pilihan yang paling hampir untuk sebuah kereta yang praktikal adalah hatchback Scala yang berada di dalam segmen C.

Namun model Scala masih lagi tidak mampu untuk menandingi kehebatan ruang kargo yang ditawarkan oleh Fabia Combi, iaitu sebesar 530 liter (Scala memiliki ruang kargo sebesar 467 liter).
 

Skoda


Daripada terus memperkenalkan model (wagon) baharu dengan enjin pembakaran dalaman, Skoda berazam untuk melancarkan tidak kurang daripada tiga buah EV baharu menjelang akhir dekad ini dengan julat harga yang jauh lebih murah berbanding Enyaq iV.

Sumber: Autocar

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…
Berita Global
  Škoda Auto menyasarkan untuk mempunyai 30 pengedar dan potensi jualan tahunan lebih 40,000 unit…
Berita Global
  Kepercayaan itu bukan baharu dan Škoda telah membangunkan enjin MPI untuk siri tersebut dan…