Skoda hasilkan Superb berperisai dan kalis peluru

oleh Mohamad Hanif|
Sekiranya anda merupakan seorang yang sangat dikehendaki, akan tetapi tidak mahu terlalu menonjol ketika keluar membeli belah mencari sebuah beg tangan idaman, Skoda mungkin ada jawapannya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menggunakan kenderaan asas daripada Skoda Superb 2.0 TDI diesel, Skoda telah menaik taraf sistem keselamatan keseluruhan kenderaan ini bagi melindungi keselamatan para penumpang ketika keluar berjalan-jalan. 
 


Skoda telah menggunakan sejenis perisai diperbuat daripada bahan rahsia bagi melindungi badan kereta, dan tangki bahan api sekiranya berlaku sebarang insiden tembakan mahupun letupan. 

Tidak ketinggalan sistem gantungan dan sistem brek turut dinaik taraf bagi menampung berat badan yang bertambah disebabkan penggunaan perisai rahsia tersebut. 

Penggunaan tayar run-flat juga turut disertakan bagi membolehkan insiden melarikan diri berjalan dengan jayanya tanpa sebarang halangan. 
 


Bagi tujuan komunikasi ketika berlaku sebarang kecemasan, Skoda menyertakan butang khas bagi pengguna mendail nombor kecemasan seperti 999 yang turut menampilkan punat lampu flash biru dan merah. 

Bagi membolehkan anda sebagai orang yang paling dikehendaki beraya tanpa sebarang gangguan, Skoda kini membuka tempahan Superb yang telah dinaik taraf ini dengan harga permulaan dari £118,688 (RM626,200++). 

Setidak-tidaknya, Skoda Superb ini tidaklah terlalu menonjol dengan ketara ketika berada di dalam trafik dan menarik perhatian orang ramai. Bak kata orang putih, "blend in with the traffic". 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…
Berita Global
  Škoda Auto menyasarkan untuk mempunyai 30 pengedar dan potensi jualan tahunan lebih 40,000 unit…
Berita Global
  Kepercayaan itu bukan baharu dan Škoda telah membangunkan enjin MPI untuk siri tersebut dan…