ŠKODA Enyaq iV, SUV elektrik dengan jarak 500km!

oleh Muhammad Md Tajudin|
ŠKODA yang merupakan syarikat automotif dari Republik Czech sejak beberapa tahun kebelakangan kerap hadir dengan nama yang sedap didengar seperti Kodiaq, Karoq, Kamiq dan Scala. 

Terbaru ŠKODA memperkenalkan Enyaq iV, SUV janaan elektrik dan model produksi pertama ŠKODA yang dibina dari platform modular elektrik MEB Kumpulan Volkswagen.

Satu ciri menarik pada Enyaq iV ialah tiga saiz bateri dan lima varian kuasa yang boleh dipilih pelanggan. 

Alternatif itu membolehkan Enyaq iV dipandu sejauh 500 km mengikut standard WLTP.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Model konsep Vision iV
Model konsep Vision iV

 

Dari segi saiz, SUV elektrik pertama ŠKODA itu berada dalam segmen sederhana dengan ukuran 4,648 mm panjang, 1,877 mm lebar, tinggi 1,618 mm dan jarak roda 2,765 mm.

Ruang untuk muatan barang di belakang ialah 585 liter.

Satu perbezaan ketara kereta elektrik dengan kereta konvensional ialah jarak pemanduan. Asalkan ada stesen minyak, kereta konvensional boleh dipandu ke mana sahaja.

Kereta elektrik pula bergantung kepada kemudahan pengecasan dan kuasa bateri. Lebih tinggi kuasa, lebih jauh boleh dipandu.

Untuk itu, ŠKODA membahagikan Enyaq iV kepada beberapa pilihan. Model aras mula dibekalkan satu motor elektrik yang menguasakan roda belakang.

 

ŠKODA Enyaq iV

 

Model lebih berkuasa pula dibekalkan motor elektrik kedua pada bahagian depan bagi menghantar lebih kuasa ke jalan raya.

Model paling berkuasa lebih hebat, mampu menunda beban sehingga 1,200 kilogram jika diperlukan.

Secara keseluruhannya ada lima varian kuasa dan tiga saiz bateri untuk dipilih pelanggan dengan pacuan roda belakang sahaja atau kesemua roda.

Tidak hanya bergantung kepada tenaga elektrik, Enyaq iV sendiri sebuah SUV bagus dengan bateri yang efisien, tayar rintangan rendah 5.9/km dan pekali seretan (Cd) dari 0.27.

 

ŠKODA Enyaq iV

 

Model aras mula dikenali sebagai Enyaq iV 50 dengan bateri lithium berkapasiti sekitar 55 kWh atau 52 kWh bersih.

Motor elektrik yang ditempatkan pada bahagian belakang mempunyai output 109 kW dengan jarak pemanduan sehingga 340 km.

Enyaq iV 60 pula boleh dipandu sehingga 390 km dan dibekalkan bateri 62 kWh atau 58 kWh bersih.

Enyaq iV 80 mempunyai kuasa 150 kW dengan jarak pemanduan paling jauh sehingga 500 km.

Bateri 82 kWh atau bersih 77 kWh iV80 turut digunakan model dengan dua motor elektrik atau pacuan semua roda iaitu 80X dan vRS masing-masing berkuasa 195 kW dan 225 kW.

 

ŠKODA Enyaq iV

 

Model paling berkuasa Enyaq iV mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 6.2 saat dengan kelajuan maksimum 180 km/j.

Jarak pemanduan untuk kedua-dua varian pacuan semua roda ialah 460 km. 

Untuk pengecasan, ada tiga kaedah berbeza yang boleh digunakan.

Selain soket plug 230 volt pada kediaman dengan output AC 2.3 kW,  Enyaq iV boleh dicas menggunakan wall box dengan kuasa sehingga 11 kW.

Kaedah itu memerlukan enam hingga lapan jam bergantung kepada saiz bateri.

 

ŠKODA Enyaq iV

 

Kaedah ketiga melalui stesen pengecasan pantas DC dengan output 125 kW dan masa yang diperlukan dari 10 peratus hingga 80 peratus tenaga hanya 40 minit sahaja! 

Enyaq iV adalah model MEB pertama yang dipasang di luar Jerman dan dikeluarkan di kilang utama ŠKODA di Mladá Boleslav, Republik Czech.

ŠKODA Enyaq iV bakal dilancarkan di pasaran pada awal 2021.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

ŠKODA Enyaq iV

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari segi reka bentuk, ENYAQ iV vRS menyerlah dengan komponen dalam warna hitam kilat seperti…
Berita Global
Terdapat beberapa buah kenderaan disenaraikan mengikut kategori masing-masing, dan tahun 2021…