ŠKODA cipta penapis cegah bersin di dalam kereta, kurangkan risiko demam

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kecanggihan kereta hari ini bukan setakat sistem bantuan pemandu atau teknologi elektrifikasi seperti hibrid dan EV malah merangkumi komponen penting sejak dahulu lagi iaitu penyaman udara.

Memandangkan kereta berada di luar dan terdedah kepada pelbagai pencemaran atau partikel merbahaya yang kemudian memasuki ke dalam kabin, adalah penting ia diberi perhatian tinggi.

Pengeluar hari ini menumpukan perhatian kepada penapisan udara sebagai salah satu komponen penting di dalam sistem penyaman udara.

Penting sehingga ia dapat mencegah daripada bersin yang merupakan salah satu tanda demam alergi atau hay fever.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
ŠKODA Scala

 

Penyakit ini dikatakan melanda 13 juta orang di United Kingdom setiap kali musim panas. Demam alergi berpunca daripada alahan semasa musim debunga daripada tumbuhan tertentu.

Pada musim ini, pemandu dinasihatkan untuk menutup tingkap dan menggunakan fungsi pengitaran semula udara pada penyaman udara.

ŠKODA pula melihat dari segi teknologi dan berjaya membangunkan sistem penapisan khusus dan melengkapinya pada model hatchback Scala baharu.

Sistem penyaman udara Climatronic menggunakan mod pengitaran semula yang cekap tenaga dan menghalang debunga daripada memasuki ke dalam kabin seterusnya membantu mengurangkan simptom seperti bersin, batuk dan kegatalan mata.

 

ŠKODA Scala

 

Berbeza dengan sistem penyaman udara biasa, ŠKODA menggunakan penapis kabin istimewa dan sensor kualiti udara bagi menapis debunga dan apabila partikel yang menyebabkan bersin itu dikesan, sistem akan menutup liang udara luar secara automatik bagi mencegahnya memasuki kabin kereta.

Sistem Climatronic tersebut bukan setakat penapis dan sensor sahaja. ŠKODA melalui khidmat pakar aerodinamik memerhatikan arah dan halaju aliran udara di dalam kereta bagi memastikan angin sejuk dapat dirasakan dengan cepat dan cekap kepada pemandu dan penumpang.

Sebagai tambahan, sistem penyaman udara Scala menggunakan pelbagai sensor bagi mengawasi suhu di dalam dan luar kereta serta tahap kelembapan.

Hatchback ini dipasangkan lebih sensor cahaya matahari yang bukan setakat untuk mengesan tahap kepanasan malah merangkumi arah sinaran matahari.

 

ŠKODA Scala

 

Sistem ini juga berupaya melaras suhu udara untuk ke kanan atau kiri untuk mempercepatkan penyejukan kabin kereta.

Sistem yang canggih ini dibangunkan dan diuji dalam tempoh beribu jam di dalam pelbagai senario trafik.

Semasa pengujian dibuat, lampu pendarfluor (fluorescent) digunakan bagi simulasi pembakaran matahari pada tahap 1,000 W per myang menyamai kepanasan gurun Arizona.

Hebat sungguh, ŠKODA Scala dijual di UK pada harga permulaan £16,595 (RM84,630).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…
Berita Global
  Škoda Auto menyasarkan untuk mempunyai 30 pengedar dan potensi jualan tahunan lebih 40,000 unit…
Berita Global
  Kepercayaan itu bukan baharu dan Škoda telah membangunkan enjin MPI untuk siri tersebut dan…