Skoda bangunkan aplikasi kesan masalah menerusi rakaman corak bunyi!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat automotif Czech, Skoda telah berjaya membangunkan sebuah aplikasi yang mampu menentukan masalah yang dihadapi oleh kereta dengan hanya mendengar bunyi sahaja.

Aplikasi yang dikenali sebagai Sound Analyser itu akan merekodkan audio yang terhasil daripada operasi enjin, menukarkannya kepada spektogram dan ciri kepintaran buatan (AI) membandingkannya dengan data yang tersimpan. 

Jika corak audio tersebut lari dari kebiasaan, aplikasi tersebut akan terus menghubungi juruteknik dan memberitahu punca sebenar masalah yang dihadapi dengan kadar ketepatan lebih 90 peratus. 

 


Menurut Skoda, aplikasi ini mampu mengenalpasti 10 corak bunyi termasuklah bunyi dari sistem stereng, pemampat pendingin hawa, dan klac di dalam kotak gear direct-shift (DSG). 

Tambah Skoda lagi, selain daripada menjadikan penyelenggaraan kenderaan lebih efisien, ia juga mampu mengurangkan masa yang terpaksa ditunggu oleh pelanggan sebelum mendapatkan kenderaan mereka. 

Aplikasi Sound Analyser ini telah diuji dalam satu projek perintis yang melibatkan kira-kira 14 buah negara, dan 245 buah pengedar yang 'membekalkan' rakaman audio untuk tujuan pembelajaran mesin. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kepercayaan itu bukan baharu dan Škoda telah membangunkan enjin MPI untuk siri tersebut dan…
Berita Global
  Perkakasan itu menggantikan paparan belakang gril Crystal Face Enyaq iV dengan paparan LED yang…
Berita Global
  Sistem itu yang merupakan satu daripada ciri khidmat dalam talian Škoda Connect memberikan…