Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik tawar rebat RM2,400

oleh Mohamad Hanif|
Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Inisiatif ini menyediakan rebat sehingga RM2,400 dan terbuka kepada rakyat Malaysia yang memiliki  pendapatan tahunan RM120,000 dan ke bawah.

Dengan slogan "Memacu Kelestarian", inisiatif ini adalah seiring dengan hasrat Kerajaan Madani ke arah mencapai sasaran karbon sifar seawal tahun 2050, di samping dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

MARiiCas dilaksanakan dengan kerjasama 11 syarikat pengeluar motosikal elektrik tempatan.

Menurut CEO MARii, Azrul Reza Aziz berkata, sehingga kini terdapat 12 model berdaftar dan melepasi syarat kelayakan utama seperti komitmen pemasangan tempatan, jarak perjalanan minimum 100 km setiap pengecasan penuh, dan mendapat Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Para pemohon boleh terus menyemak kelayakan dan memohon insentif MARiiCas ini di laman web insentif.marii.my bermula 8 Disember 2023.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah itu, 2,000 permohonan telah diluluskan, sekali gus melayakkan pemohon menerima…
Berita Domestik
Skim galakan tersebut pertama kali diumumkan sewaktu pembentangan Belanjawan 2024 bagi menggalakkan…