SKIDOO menyediakan perkhidmatan penghantaran terbaru yang merangkumi penghantaran untuk perniagaaan, perpindahan, makanan, serta bungkusan peribadi pada harga yang lebih kompetitif dan mengutamakan kepentingan pelanggan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SKIDOO Malaysia, Asokan Raveindaran berkata, "kami memulakan syarikat perkhidmatan penghantaran ini setelah menyedari wujudnya jurang dalam perkhidmatan penghantaran yang baik untuk satu-satu tempat, pada harga yang mampu milik.
SKIDOO menjamin perkhidmatan 40 peratus lebih murah berbanding syarikat-syarikat penghantaran lain, tanpa caj tersembunyi bagi memastikan pelanggan tidak merasa terbeban dengan kos penghantaran yang tinggi.
Setakat ini, perkhidmatan ini berpusat di Kuala Lumpur di mana para pelanggan boleh memilih kenderaan penghantaran seperti motosikal, kereta, van, trak 4x4, lori 1 tan, lori 3 tan dan lori 5 tan dengan kadar asas bermula RM5 untuk setiap 4 km.
JENIS KENDERAAN |
KADAR ASAS (RM/KM) |
MOTOSIKAL |
5.00 /4KM |
KERETA |
6.50/5KM |
TRAK 4X4 |
20.00/10KM |
VAN |
35.00/10KM |
LORI 1 TAN |
55.00/10KM |
LORI 3 TAN |
140.00/10KM |
LORI 5 TAN |
180.00/10KM |
SKIDOO juga merancang untuk melebarkan sayap ke seluruh Lembah Klang dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Dalam masa yang sama, SKIDOO Malaysia menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai mereka sebagai rakan penghantar dengan manfaat seperti insentif bulanan tambahan, gaji mingguan serta manfaat yang lain.
Pautan: Jadi rakan penghantar SKIDOO
Bersempena dengan pelancaran ini, SKIDOO turut menawarkan potongan sehingga 21 peratus caj penghantaran kepada semua pelanggan, namun ia hanya terhad kepad 20 orang pengguna setiap hari.
Promosi ini berlangsung selama satu bulan dan para pelanggan boleh menebus dengan menggunakan kod promosi SKIDOO2021 bermula 16 Oktober hingga 15 November 2021.