Kementerian dan Agensi yang dimaksudkan adalah:
1. Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) - sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan
2. Kementerian Pengangkutan (MOT) - sektor pengangkutan awam dan barangan keperluan
3. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) - sektor pertanian, perikanan, penternakan, perladangan, dan komoditi
4. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) - sektor perladangan dan pengeluaran hasil komoditi.
5. Bank Negara Malaysia (BNM) - sektor kewangan/insurans.
6. Suruhanjaya Sekuriti (SC) - sektor urusniaga saham
7. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) - perkhidmatan telekomunikasi, media, pos, kurier dan penyiaran
8. Kementerian Dalam Negeri, serta agensi yang berada di bawah KDN seperti: Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Sukarelawan Malaysia (RELA)
Peniaga kecil serta pengusaha trak makanan perlu mendapatkan kelulusan dan surat pengesahan yang dikeluarkan menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) manakala pengeluaran lesen pengurusan sisa pepejal dan sanitasi pula adalah menerusi Sistem Pengurusan pintar COVID-19 (CIMS) 3.0.
Bagi mereka yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai majikan, mereka perlu mendapatkan permohonan kebenaran bergerak secara one-off daripada pihak polis bermula 1 Jun-14 Jun 2021.
Untuk pekerja yang berada di dalam sektor yang tidak dibenarkan beroperasi, namun perlu ke tempat kerja untuk tujuan khusus seperti penyediaan dokumen dan sebagainya, kebenaran hanya akan diberikan oleh PDRM secara sekali sahaja untuk tempoh dua hingga tiga hari dan memerlukan pengesahan daripada majikan sebagai bukti.