SJR: JPJ, PDRM berkolaborasi di Kelantan

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan berkolaborasi dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melaksanakan sekatan jalan raya, susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 16 Januari lalu, bagi membendung penularan COVID-19.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

JPJ menerusi kenyataan berkata, sasaran Ops COVID-19 adalah kepatuhan aspek prosedur operasi standard (SOP) digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM), serta kesalahan lain yang bersangkutan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

 

Katanya, kolaborasi Ops COVID-19 yang dilaksanakan JPJ Kelantan bersama PDRM melalui empat strategi utama.

 

"Pertama adalah rondaan di jalan utama Persekutuan dan negeri, sekatan jalan raya di enam lokasi utama dan pemeriksaan serta pemantauan di terminal bas Lembah Sireh.

 

"Selain itu, penguatkuasaan di enam stesen penguatkuasaan (SPK)," katanya.

 

Beliau berkata, seramai 120 anggota JPJ Kelantan diatur gerak mulai 17 hingga 26 Januari ini, bagi membantu PDRM sepanjang PKP.

 

Katanya, strategi pelaksanaan operasi secara bersepadu itu amat wajar dilaksanakan bagi tujuan mengekang penularan wabak yang semakin meningkat akibat ketidakpatuhan SOP oleh masyrakat tempatan.

 

"Justeru, pihak jabatan amat berharap seluruh rakyat di negeri ini memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang tempoh PKP ini dengan bersama-sama mematuhi perintah kawalan pergerakan, sekali gus mengekang penularan wabak COVID-19," katanya.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam kiriman TikTok yang viral oleh @kaksuemeow, Nur Aliah berkata dia membuat keretanya bersinar…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Domestik
"Ia juga bakal menarik minat pelabur-pelabur yang mahu membawa masuk teknologi terkini dalam…