Sistem transmisi manual Hyundai tanpa pedal klac - tukar gear pakai niat sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak seperti negara maju dan Malaysia, transmisi manual masih lagi popular di sesetengah pasaran seperti India, dan khusus untuk negara tersebut, Hyundai bakal membawakan sebuah model SUV baharu (Venue) dengan sistem transmisi yang dimaksudkan, iaitu Intelligent Manual Transmission (iMT).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, tidak seperti transmisi manual konvensional, atau transmisi iMT Kia yang masih mengekalkan ciri pedal klac, ia merupakan sebuah kotak gear manual tanpa kehadiran pedal klac.

Secara prinsipnya, iMT mempunyai konsep yang serupa dengan sistem automated manual transmission (AMT), namun pemandu boleh menukar gear yang diinginkan menggunakan penukaran konvensional H-pattern dengan menggunakan niat sahaja.

Namun, ia tidaklah semudah anda berniat untuk kurus dan anda akan kurus dengan sihat walafiatnya tanpa sebarang usaha.

 


Menurut kata Hyundai, teknologi iMT ini menampilkan 'intention sensor' (penderia niat?) yang terdapat pada batang gear yang akan menghantar isyarat kepada unit kawalan transmisi (TCU) apabila pemandu hendak menukar gear seterusnya.

TCU itu tadi akan memberikan isyarat balas kepada actuator hidraulik untuk mengoperasikan plet klac ketika pemandu hendak menukar gear itu tadi.

Kelebihan sistem ini sudah pasti mengurangkan kadar kepenatan ketika pemanduan di dalam jalan yang sibuk, akan tetapi mengekalkan feeling pemanduan di dalam sebuah kereta bertransmisi manual.

Malah, sistem iMT ini juga mampu menjimatkan bahan api tanpa mengorbankan prestasi.

Baca: Sistem Transmisi iMT Kia guna prinsip Clutch-by-wire