Sistem tol tanpa palang diuji di Besraya tahun depan

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pembekal solusi teknologi Green Packet dengan kerjasama syarikat Taiwan FETCi akan memulakan ujian tol tanpa palang di Lebuhraya Besraya KM5.5 Arah Utara bermula awal tahun depan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, ujian pengumpulan data itu akan dijalankan selama tiga bulan, di mana data akan dikongsikan bersama pihak berkuasa bagi membuktikan keberkesanan sistem tol aliran bebas (MLFF) sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

Syarikat FETCi memiliki kepakaran di dalam teknologi RFID di mana mereka telah pun menjalankan sistem MLFF di beberapa buah negara Asia, dan kepakaran ini mampu melengkapi kajian yang dijalankan bersama Green Packet.

Sumber: The Star

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Laporan daripada Bernama menyebut, Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof berkata, cadangan itu sudah…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, satu peruntukan undang-undang baharu akan dibentuk bagi membendung golongan…