Sistem tol tanpa palang bermula 2025, tindakan tegas terhadap golongan mengelat bayar tol

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan Malaysia mengesahkan pelaksanaan sistem tol aliran bebas pelbagai lorong (MLFF) di lebuh raya akan dimulakan pada tahun 2025.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sehubungan dengan itu, satu peruntukan undang-undang baharu akan dibentuk bagi membendung golongan yang ingkar untuk membayar tol.

Menurut laporan daripada Free Malaysia Today, Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof mengesahkan langkah untuk mengusulkan satu undang-undang baharu sebagai sebahagian daripada pelaksanaan MLFF dalam tempoh 24 bulan akan datang.

Jelasnya, "pelaksanaan ini adalah untuk mengelakkan sebarang ketirisan kerana kami sedang meneliti undang-undang yang merangkumi Kanun Keseksaan, dan tindakan mengelak bayar tol ini boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah memandangkan tiada halangan lorong di bawah MLFF.

"Untuk mewujudkan sistem pengecaman kenderaan dan rekod pemandu yang lebih berkesan, kita memerlukan sambungan dengan pengkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Mungkin undang-undang baharu perlu dibentuk, atau meminda undang-undang sedia ada," tambahnya lagi.

Ketika ditanya sama ada pindaan ini akan hanya melibatkan Kementerian Kerja Raya sahaja, beliau menegaskan langkah ini memerlukan penglibatan dengan beberapa kementerian serta agensi yang berkaitan.
 

MLFF


Pada ketika ini, pesalah yang didapati menggunakan lebuh raya tanpa membayar tol akan didakwa di bawah Seksyen 8 Akta Jalan Persekutuan 1984 (Pengurusan Persendirian) yang mengenakan denda antara RM2,000 hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.

Terdapat beberapa kes yang melibatkan kesalahan tidak membayar tol, di mana pada tahun lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan bagi membolehkan PLUS mendapatkan semula RM518,369 tambang tol yang belum dibayar, serta kos tambahan RM100,000 daripada sebuah syarikat logistik yang mengelak daripada membayar tol.

Pada tahun 2017, seorang pengguna tersangkut di lorong SmartTAG plaza tol Sungai Besi ketika waktu puncak, dan sewaktu pemeriksaan dibuat, pemandu tersebut mempunyai jumlah tunggakan tol sebanyak RM900.

Caranya? Mengekori rapat kenderaan dihadapan ketika melalui lorong SmartTAG semata-mata untuk mengelak daripada membayar tol.

Sumber: Free Malaysia Today

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jelasnya, pihaknya telah membuat kajian penggunaan MLFF di banyak negara untuk melihat yang paling…
Berita Domestik
Laporan daripada Bernama menyebut, Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof berkata, cadangan itu sudah…
Berita Domestik
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, ujian pengumpulan data itu akan dijalankan selama…