Jelasnya, pihaknya telah membuat kajian penggunaan MLFF di banyak negara untuk melihat yang paling sesuai buat Malaysia.
“Kita dah buat kajian di banyak negara dan kita hendak yang terbaik. Sekarang dalam proses kajian dan dalam masa yang sama kita akan cuba pada 2024.
“Banyak negara sudah menggunakan MLFF dan kegunaannya adalah sangat baik. Jadi Insya-Allah kita akan cuba sedaya upaya,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Sumber: Kosmo