Sistem tol tanpa henti bermula 2025 - Jemaah Menteri

oleh Penyumbang Rencana 2|
Sistem kutipan tol tanpa henti atau lebih dikenali sebagai sistem tol aliran bebas pelbagai lorong (MLFF) bakal dilaksanakan menjelang tahun 2025 dalam usaha untuk mengurangkan kesesakan di plaza tol.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laporan daripada Bernama menyebut, Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof berkata, cadangan itu sudah mendapat persetujuan Jemaah Menteri.

Dengan pelaksanaan MLFF, katanya, kenderaan tidak perlu berhenti untuk membayar tol dan tiada palang tol.

“Seterusnya adalah rundingan bersama semua syarikat konsesi tol bagaimana ia akan dilaksanakan supaya dapat memberi kemudahan kepada pengguna lebuh raya.

“Selepas itu, bagaimana kita integrasikan daripada sistem MLFF…kita akan mewujudkan ‘command centre’ (pusat arahan) diuruskan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang perlu integrasi dengan semua majlis perbandaran atau bandar raya,” katanya dalam sesi libat urus menteri kerja raya bersama media.

Menurut Fadillah, MLFF antara inisiatif di bawah Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) 2019-2023 kementeriannya yang dibangunkan bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya dan memacu pembangunan aplikasi ITS di negara ini.

Beliau memaklumkan kementeriannya turut memulakan proses membangunkan penimbang berat kenderaan bagi mengesan lori lebih muatan yang boleh menjadi punca kesesakan dan kerosakan jalan raya.

Katanya, ia bagi mengesan had muatan secara automatik dan tindakan undang-undang akan terus dikenakan kepada syarikat lori tersebut.

Sementara itu, Fadillah berkata, kementeriannya akan memfokuskan isu keselamatan jalan raya seperti yang dibincangkan pada Persidangan Dunia ITS ke-28 dari 19 hingga 22 Sept lepas di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan pelaksanaan MLFF kelak, beliau berkata, pengguna tidak lagi perlu memberhentikan atau…
Berita Domestik
Jelasnya, pihaknya telah membuat kajian penggunaan MLFF di banyak negara untuk melihat yang paling…
Berita Domestik
Dalam satu hantaran di Facebook, Lembaga Lebuhraya Malaysia menjelaskan ia merupakan inisiatif awal…