Sistem suspensi udara adaptif Lincoln Aviator mampu 'membaca' jalan 500 kali per saat!

oleh Mohamad Hanif|
Sistem suspensi adaptif bukanlah satu perkara yang baharu di dalam sesebuah kenderaan, akan tetapi apa yang dibawakan oleh Lincoln ini mungkin akan menjadi satu perkara yang standard pada masa akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Digelar sebagai Lincoln Air Glide Suspension, sistem ini terdiri daripada 12 unit sensor pengesan dengan sebuah kamera bagi mengimbas keadaan jalan raya ketika bergerak. 

 


Semasa pemanduan, unit sensor bersama kamera itu akan mengimbas keadaan di hadapan sejauh 15.2 meter dalam frekuensi 500 kali per saat, sebelum data tersebut dihantar kepada sistem komputer.

Daripada itu, sistem komputer akan menetapkan ketinggian jarak suspensi yang perlu secara automatik untuk memastikan keselesaan pemanduan kekal terjamin berdasarkan keadaan jalan, kelajuan pemanduan dan juga mod pemanduan yang dipilih. 
 


Menurut Lincoln lagi, sistem pintar ini mampu membaca keadaan jalan 500 kali per saat selain berupaya mengubah tetapan yang diperlukan sehingga 100 kali per saat!

David Russel, pakar teknikal dinamik kenderaan Lincoln memberitahu, kadar keaktifan sensor yang digunakan adalah sangat pantas sehinggakan ia mampu memberikan 23,000 input data per saat. 

Ini bermakna, anda tidak akan sempat untuk memejamkan mata untuk melihat bagaimana sistem suspensi udara adaptif Lincoln ini berfungsi.