Sistem RFID di setiap plaza tol PLUS awal 2022

oleh HEZERI SAMSURI|
Sistem RFID akan dipasang di setiap plaza tol lebuhraya milik Plus Malaysia Berhad pada awal tahun 2022. Ini akan membolehkan pengguna membayar menggunakan aplikasi e-wallet milik anak syarikat CIMB, Touch 'n Go.

Sistem RFID yang digunakan di lebuhraya PLUS akan disertakan sekali dengan sistem  Automated Number Plate Recognition (ANPR) yang mampu membaca nombor plet kenderaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut CEO Teras Teknologi Sdn Bhd, Anwar Ishak, sistem-sistem yang dihasilkan oleh Teras (anak syarikat PLUS) adalah untuk kegunaan lebuhraya dan ini termasuk sistem sediada seperti Touch n' Go dan SmartTag.

ANPR akan menjadi sistem sokongan untuk memastikan kenderaan yang betul akan dikenakan jumlah bayaran tol yang tepat. Ia juga akan digunakan sebagai solusi bagi sebarang aduan pembayaran tol yang dikatakan tidak tepat.

 

 

Ketua pegawai teknologi Teras, Kang Yew Jin pula menambah bahawa sistem validasi ANPR masih belum optimum dan ia akan dibantu oleh pegawai-pegawai lain untuk mengenalpasti plet nombor yang tidak standard, fancy, kotor atau patah.

Jika sistem ini beroperasi dalam keadaan optimum, kenderaan boleh melalui plaza tol dengan kelajuan 30 kmsj, lebih tinggi dari SmartTag pada kadar 20 kmsj.

Sistem ini telah diuji sejak Julai 2020 di plaza tol Hutan Kampung-Sungai Dua yang menyambungkan Kedah ke Pulau Pinang.

Kerajaan telah menetapkan sasaran untuk mewujudkan lebuhraya sistem Multi Lane Free Flow (MLFF) - plaza tol tanpa halangan dengan sokongan RFID - menjelang tahun 2026.

Ia akan menggantikan sistem SmartTag yang terbukti semakin bermasalah walaupun dengan peranti baharu.

Sistem ANPR juga akan dibantu dengan operasi plet fancy oleh pihak Polis DiRaja Malaysia kerana kerajaan Malaysia nampaknya masih enggan menggunakan nombor plet seragam atas dasar belas ehsan kepada jutaan kedai plet nombor di seluruh negara.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita juga ada papan tanda elektronik (VMS) dan memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda…
Berita Domestik
Di antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan Lampu Hijaun Berkelip (Green Flashing Light)…
Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…