Sistem RFID di 10 plaza tol terbuka PLUS mulai 1 Januari 2020

oleh Mohamad Hanif|
PLUS akan menggunakan sistem RFID Touch 'n Go untuk pengguna lebuhraya Kelas 1 bermula 1 Januari 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Antara 10 plaza tol terbuka yang bakal melaksanakan teknologi RFID ini termasuklah:

1.    Jitra (Lebuhraya Utara-Selatan) 
2.    Lunas (Lebuhraya Butterworth-Kulim) 
3.    Kubang Semang (Lebuhraya Butterworth-Kulim) 
4.    Jambatan Pulau Pinang 
5.    Mambau (Lebuhraya Seremban-Port Dickson) 
6.    Lukut (Lebuhraya Seremban-Port Dickson) 
7.    Kempas (Lebuhraya Utara-Selatan)
8.    Perling (Lebuh raya Linkedua)
9.    Lima Kedai (Lebuh raya Linkedua)
10.  Tanjung Kupang (Lebuh raya Linkedua) 


Untuk pengetahuan, plaza tol sistem terbuka adalah sistem di mana kadar tol telah ditetapkan berdasarkan kelas kenderaan (tanpa mengira jarak perjalanan).  

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi berkata, “Sistem RFID Touch ‘n Go yang menggunakan pelekat khas bercip RFID yang ditampal pada kenderaan dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet merupakan pilihan mod pembayaran yang terkini. Ia juga memudahkan pelanggan lebuh raya untuk menambah nilai tol secara atas talian tanpa perlu ke pusat tambah nilai.”

“Pada masa yang sama, lebih banyak pilihan pembayaran sedang dibangunkan sama ada menerusi kad debit atau kredit, serta lain-lain eWallet. Pelanggan lebuh raya bakal mempunyai lebih banyak pilihan untuk menukar mod pembayaran apabila kemudahan ini tersedia dalam masa terdekat,” tambah Zakaria.

“Walau bagaimanapun, mod pembayaran tol yang sedia ada iaitu melalui kad Touch ‘n Go atau SmartTAG masih lagi diterima seperti biasa di lebuh raya PLUS,” jelas Zakaria. 

Sementara itu, sistem RFID di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) hanya boleh digunakan untuk Caj Jalan (tag RFID Vehicle Entry Permit) bagi kenderaan Singapura sahaja. 
 


Transaksi tol secara RFID Touch ‘n Go dijangka dapat melancarkan lagi pergerakan trafik di lorong tol kerana pelanggan lebuh raya tidak perlu lagi berhenti untuk menyentuh kad di lorong tol, menambah nilai eWallet dengan lebih mudah secara atas talian, mengurangkan isu kad elektronik tidak cukup baki, mengurangkan kejadian peranti SmartTAG hilang atau tidak mempunyai bateri atau diletakkan secara terbalik dan lain-lain lagi. 

Bagi mendapatkan pelekat RFID Touch ‘n Go, pelanggan lebuh raya PLUS boleh mendapatkannya di 130 pusat pemasangan yang disediakan oleh Touch ‘n Go. Maklumat lanjut mengenai pusat-pusat pemasangan tersebut boleh diperolehi melalui pautan https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres dan https://www.tngdigital.com.my/rfid

Pada masa yang sama, pelanggan lebuh raya yang telah mempunyai pelekat RFID Touch ‘n Go dinasihatkan supaya sentiasa memastikan eWallet mereka mempunyai baki yang mencukupi bagi menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selesa apabila keluar di plaza tol. 

“PLUS juga ingin memaklumkan bahawa transaksi tol menggunakan teknologi RFID Touch ‘n Go di 83 plaza tol sistem tertutup di lebuh raya kendaliannya akan dilaksanakan pada 1 April 2020. Plaza tol sistem tertutup adalah sistem di mana kadar tol adalah berdasarkan pada kelas kenderaan dan jarak perjalanan apabila kenderaan tersebut masuk dan keluar dari lebuh raya,” tambah Zakaria.

Sumber gambar utama: SoyaCincau

Berita Berkenaan

Informasi
"Kedua-dua lorong manual RFID itu boleh dilalui pada waktu puncak pada hari Isnin hingga Jumaat…
Berita Domestik
Dengan pelaksanaan MLFF kelak, beliau berkata, pengguna tidak lagi perlu memberhentikan atau…
Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, pembuktian konsep bagi sistem MLFF di Lebuh Raya Sungai Besi itu akan…