Sistem PHEV Land Rover - enjin 1.5 liter tiga silinder sebaris, penggunaan bahan api 1.4 liter/100 km!

oleh Mohamad Hanif|
Jaguar Land Rover baharu sahaja mengumumkan kehadiran sistem trenkuasa plug-in hybrid (PHEV) serba baharu dan bakal membuat kemunculan menerusi model Range Rover Evoque dan Land Rover Discovery Sport dalam masa terdekat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Trenkuasa ini turut merangkumi penggunaan enjin petrol tiga silinder sebaris berkapasiti 1.5 liter yang mampu menghasilkan 197 kuasa kuda, motor elektrik 107 hp dan pek bateri berkapasiti 15 kWh.

Secara keseluruhannya, sistem plug-in hybrid ini mampu mengedarkan kuasa sehingga 304 kuasa kuda dan 540 Nm daya kilas.

 


Di dalam badan Range Rover Evoque P300e, sistem ini mampu membenarkan SUV tersebut memecut sepantas 6.4 saat dari 0-100 km/j, dan 6.6 saat untuk Land Rover Discovery Sport P300e.

Sistem pengecasan pantas DC 50 kW dan 100 kW (dihadkan kepada 32 kW) membenarkan pengecasan dari sifar ke 80 peratus kapasiti bateri dalam masa 30 minit sahaja, dan 2 jam 12 minit untuk pengecasan penuh menggunakan slot pengecasan domestik 7kW.

 


Dari segi operasi tanpa emisi, Range Rover Evoque P300e mampu bergerak sejauh 66 kilometer manakala Land Rover Discovery Sport P300e pula sekitar 62 km menggunakan tenaga bateri semata-mata.

Ia juga turut memberikan pulangan bacaan penggunaan bahan api yang cukup menjimatkan iaitu sekitar 1.4 liter/100 km untuk Evoque dan 1.6 liter/100 km untuk model Discovery Sport berdasarkan data kitaran WLTP.

 


Terdapat sehingga tiga mod pemanduan berbeza ditawarkan iaitu mod lalai Hybrid (enjin dan motor elektrik), mod EV (motor elektrik semata-mata) serta mod SAVE yang mengutamakan kuasa daripada enjin pembakaran dalaman dan mengekalkan tahap bateri (State of Charge) pada tahap tertentu.

Setakat ini, tiada sebarang tarikh pelancaran diumumkan oleh Jaguar Land Rover untuk kedua-dua model PHEV ini, namun tempahan sudah pun mula dibuka buat rakyat UK mendapatkan model jimat minyak ini.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ditawarkan dalam trim RZ, Toyota Crown Sport PHEV ini dibekalkan dengan nadi 2.5 liter Dynamic…
Berita Global
Sedan saiz pertengahan itu membawakan ukuran dimensi sepanjang 4,835 mm, lebar 1,890 mm, tinggi 1,…
Berita Global
Di bahagian hadapan SUV Tiguan ini dipasangkan dengan unit lampu LED matriks IQ.Light, struktur…