Sistem pengawasan pemandu (DMS) Polestar 3 bakal diperlihatkan di acara CES 2023

oleh Mohamad Hanif|
Polestar 3 2023 merupakan model crossover serba baharu yang berkongsi platform dengan Volvo EX90, namun dengan membawakan bentuk badan SUV coupe.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selain daripada penawaran trenkuasa elektrik yang berprestasi, Polestar 3 turut mempunyai teknologi moden tersendiri yang dikatakan mampu untuk mengawasi keadaan pemandu sepanjang perjalanan dibuat.
 

Polestar 3


Sistem pengawasan pemandu termaju (driver monitoring system, DMS) ini mempunyai mata pintar (kamera berkembar) yang mampu mengesan tahap tumpuan pemandu menerusi pemantauan terhadap pergerakan kepala, mata dan kelopak mata pemandu!

Kesemua data ini akan diterjemahkan menerusi bantuan perisian kepintaran buatan (AI) bagi menentukan keadaan sebenar pemandu dalam masa nyata.
 

polestar 3


Sekiranya sistem menentukan pemandu berada dalam keadaan terganggu, mabuk atau hilang tumpuan, ia akan mencetuskan bunyi amaran selain mampu untuk menghentikan kenderaan sewaktu kecemasan.

Sistem DMS ini turut diseragamkan dengan ciri keselamatan termasuklah bantuan pengekalan lorong, serta kawalan jelajah adaptif.
 

Polestar 3


Menurut CEO Polestar Thomas Ingenlath, “teknologi ini mampu untuk menjelaskan sebab utama di sebalik kemalangan maut dan mampu membantu menyelamatkan nyawa dengan mengembalikan fokus pemandu di atas jalan raya – selain mampu memulakan tindakan pencegahan apabila mereka tidak melakukannya, atau tidak boleh melakukannya.”

Orang ramai akan dibenarkan untuk merasai sendiri sistem pengawasan pemandu ini menerusi acara CES 2023 di Las Vegas pada bulan hadapan, sebelum SUV coupe ini memasuki fasa produksi pada tahun yang sama.
 

Polestar 3


Berdasarkan spesifikasi yang telah diumumkan sebelum ini, Polestar 3 membawakan trenkuasa motor elektrik berkembar berkuasa 489 hp dan 840 Nm dengan jarak gerak sejauh 482 km.

Pek Performance yang ditawarkan pula mampu menyahkunci prestasi terpendam kepada 517 hp dan 909 Nm, namun dengan jarak gerak sedikit dekat (434 km).

Berita Berkenaan

Berita Global
Kesan daripada pendekatan tersebut, kebanyakannya kini mempunyai rekaan yang tidak konvensional,…
Berita Global
  Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Polestar, Thomas Ingenlath kereta ini direka sebagai Polestar…
Berita Global
Berdasarkan informasi terdahulu, Polestar 3 secara asasnya merupakan versi yang lebih sporti kepada…