Sistem operasi infotainment ATLAS kini ada Spotify!

oleh SALINA JALIL|
ACO Tech, peneraju penyedia mobiliti mengumumkan perkongsian baharu mereka bersama Spotify – satu kerjasama yang akan menyaksikan perkhidmatan langganan penstriman audio paling terkenal di dunia tersedia dalam segmen pasaran kereta semasa melalui penyepaduan dengan ATLAS, sistem operasi infotainment di dalam kereta yang dibangunkan oleh ACO Tech.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Dengan kerjasama ini, pengguna ATLAS akan dapat menikmati pengalaman audio yang diperibadikan dari Spotify secara percuma dan premium semasa mereka memandu, melalui Unit Utama Infotainment (IHU) kenderaan mereka:

 

  • Pengguna boleh terus berhubung dengan lebih 82 juta trek audio dan melebihi 4 juta tajuk podcast.
  • Hanya hantarkan kandungan yang sedang didengar pada telefon mudah alih melalui Spotify Connect ke IHU atau mainkannya terus dari IHU untuk menikmati pengalaman muzik yang lancar ke mana sahaja anda pergi.

 

“Bekerjasama dengan Spotify adalah pencapaian penting bagi ACO Tech kerana perkongsian ini bukan sahaja membantu kami untuk kekal berdaya saing dalam industri mobiliti pintar malah ia juga memainkan peranan penting dalam memudahkan rakyat Malaysia merasai kemungkinan teknologi kereta pintar dan terhubung,” kata Mr. Li Pu, Ketua Pegawai Eksekutif ACO Tech Sdn. Bhd.


 
Dibangunkan sepenuhnya oleh pasukan di Malaysia, ATLAS adalah sistem pengendalian infotainment dalam kenderaan yang disokong oleh aplikasi mudah alih percuma bernama ATLAS Auto dengan ciri yang mengutamakan mobiliti, kemudahan dan kawalan.

 

Direka khusus dengan mengambil kira pengalaman peribadi, kuasa sistem ini disesuaikan bagi memenuhi pelbagai permintaan dan pilihan gaya hidup rakyat Malaysia.


 
Unit Utama Infotainment (IHU) ATLAS menggunakan Android 8.0 dan ke atas, dipra-muat dengan Spotify, akan membuat penampilan pertamanya di Malaysia di dalam kenderaan PROTON. Aplikasi ini juga boleh dimuat turun melalui A Store. Untuk maklumat lanjut mengenai ATLAS dan Spotify, sila layari https://acotech.my/

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam perjanjian tersebut adalah termasuk penerokaan penggunaan penyelesaian blockchain untuk…
Berita Domestik
Pay & Go merupakan aplikasi pembayaran pintar tempatan dari Sarawak yang boleh digunakan untuk…
Pelancaran
Terletak di Quill City Mall, PROTON DX merupakan pusat untuk peminat kereta dan teknologi yang…