Sistem komputer Corvette ZR1 nampaknya tidak serasi dengan pemanduan litar

oleh Mohamad Hanif|
Teknologi mobiliti terhubung direka untuk membantu manusia terutama di dalam keadaan yang sangat memerlukan, namun adakalanya teknologi yang terlalu canggih ini menyusahkan juga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejadian aneh ini direkodkan ketika sebuah Chevrolet Corvette ZR1 model 2019 yang dipandu secara serius di dalam litar NCM Motorsports Park dan aksi pemanduan itu berjaya mengelirukan sistem komputer ZR1. 

Hasilnya, ketika pemandu Andy Pilgrim sedang leka melayan selekoh di dalam kereta berkuasa 755 hp itu, tiba-tiba beliau menerima panggilan daripada OnStar, servis panggilan kecemasan daripada GM. 
 

 


Sistem komputer ZR1 itu didapati mengesan kereta tersebut sedang mengalami masalah, walhal pada hakikatnya Pilgrim sedang khusyuk melayan selekoh S yang ketat sebelum memasuki laluan yang lurus. 

Bukan sekali, malah pusat panggilan tersebut menghubungi kereta Pilgrim sebanyak tiga kali sepanjang sesi pemanduan litar bagi memastikan tiada sebarang kejadian buruk berlaku kepada pemandu tersebut. 

Para jurutera Chevrolet tidak dapat memberikan penjelasan yang tepat kenapa sesi pemanduan litar mampu mengelirukan sistem komputer sehingga mengaktifkan panggilan kecemasan OnStar. 

Berdasarkan andaian, hasil gandingan kelajuan tertinggi, tenaga G ketika pecutan dan brek serta sudut pemanduan di selekoh mampu 'menipu' sistem komputer dan berjaya membuatkan ia percaya kereta sedang mengalami kemalangan. 

Terlalu canggih pun, menyusahkan juga ya? 

Berita Berkenaan

Informasi
Recall tersebut telah dimulakan pada bulan Jun tahun lalu dimana ia melibatkan penggantian inflator…
Berita Global
Namun, masih ada sinarnya kerana ia masih dikuasakan oleh enjin besar V8 LT2 6.2 liter, sama…
Berita Global
Jangka hayat model bajet Chevrolet itu tidak pernah bertahan lama, di mana produksi model generasi…