Sistem kejara kini mula berkuatkuasa

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Menurut thestar, Sistem Kejara kini telah mula berkuatkuasa pada 15 April 2017. Anda dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan mematuhi undang-undang jalanraya kerana jika anda mengumpul 100 mata, lesen akan terus batal. Untuk permulaan, hanya kesalahan melebihi hadlaju dan langgar lampu merah saja akan dikira. Jumlah 23 kesalahan akan dimasukkan di bawah “Automated Awareness Safety System” (AWAS) sebelum hujung tahun ini. Berikut merupakan maklumat yang perlu anda tahu mengenai sistem KEJARA.
  • Langgar lampu isyarat ketika merah= empat mata
  • Memandu melebihi had laju=
1 - 25 km/h = dua mata, 20 - 40 km/h = tiga mata 40 km/h dan ke atas = empat mata
  • Kumpul 20 mata=amaran
  • Kumpul 40 mata=gantung lesen enam hingga lapan bulan
  • Kumpul 60 mata=gantung lesen lapan hingga sepuluh bulan
  • Kumpul 80 mata=gantung lesen sepuluh hingga 12 bulan
  • Kumpul 100 mata=lesen batal
  • Pemagang lesen P= kumpul 20 mata, lesen akan terbatal.
Lesen memandu juga akan dibatalkan jika pemandu mempunyai tiga kali penggantungan lesen dalam tempoh lima tahun. Untuk insentif pula, pengumpul mata demerit yang tidak melebihi 20 boleh mengikuti boleh kursus pemulihan. Jika lulus, mata demerit sedia ada akan ditolak separuh. Insentif ini hanya boleh diambil sekali dalam tempoh memegang suatu lesen memandu. Pemandu dengan lesen memandu yang dibatalkan, boleh mengambil semula dan harus lulus ujian lesen memandu untuk mendapatkan lesen memandu yang baharu selepas tempoh 12 bulan dari tempoh penggantungan lesen. Lesen yang digantung atau dibatakan perlu diserahkan kepada pihak Jabatan Pengakutan Jalanraya (JPJ). Jika didapati memandu semasa lesen digantung atau batal, denda antara RM3,000 ke RM10,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun. Sumber dan gambar utama diambil dari www.thestar.com.my.