Sistem isyarat bermasalah, operasi Monorel alami kelewatan

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu hantaran di laman media sosial Facebook, pihak RapidKL ingin memaklumkan terdapat gangguan operasi perkhidmatan Monorel berpunca daripada gangguan sistem isyarat di sepanjang laluan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, gangguan itu mula dikesan pada jam 3.50 petang, dan menyebabkan tren bergerak lebih perlahan selain waktu menunggu tren yang semakin bertambah lama.

Kerja-kerja baikpulih sedang dijalankan oleh pasukan kejuruteraan Rapid Rail bagi mengembalikan operasi menjadi normal secepat mungkin, sementara anggota polis bantuan telah dikerahkan ke stesen terlibat bagi mengawal kesesakan di stesen dan platform.

Pihak Rapid Rail memohon maaf kepada penumpang yang mengalami kesulitan yang dialami. Pengguna diminta mengikuti media sosial Rapid KL bagi mendapatkan status terkini perkhidmatan Monorel.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, masalah isyarat tersebut disebabkan oleh isu teknikal, dan…