Sistem imbangan kendiri motosikal Yamaha guna IMU enam paksi

oleh Mohamad Hanif|
Tahun lepas, Yamaha telah membangunkan satu sistem yang boleh mengimbangkan badan motosikal yang dikenali dengan nama Advanced Motorcycle Stability Assist System (AMSAS) yang menggunakan YZF-R25 sebagai asas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ciri ini merupakan sebahagian daripada visi keselamatan Yamaha Jin-Ki Kanno x Jin-Ki Anzen yang mahu mencipta satu dunia yang bebas kemalangan untuk para pelanggannya.
 

Yamahga


Menurut Ketua Projek Akitoshi Suzuki berkata, "sistem AMSAS ini tidak memerlukan sebarang modifikasi ke atas kerangka motosikal, dan boleh diaplikasikan kepada mana-mana motosikal sedia ada.

Jelasnya, sistem prototaip yang dibangunkan itu menggunakan unit pengukuran inersia (IMU) enam paksi yang kini sudah boleh didapati pada mana-mana motosikal produksi termasuklah Yamaha Tracer 9 GT+ 2023.
 

Yamaha


"Apabila memulakan tunggangan atau berhenti, sistem penggerak yang dipasangkan pada roda depan menyumbang kepada kestabilan, dan pada kelajuan sehingga 5 km/j, penggerak stereng (steering actuator) yang dipasangkan pada bar hendal akan mengambil alih.

Difahamkan, sistem ini membolehkan motosikal bergerak sendiri pada kelajuan berjalan kaki.

Sementara itu, Jun Sakamoto yang mengendalikan strategi keselamatan di Yamaha menjelaskan, "AMSAS bertujuan untuk mencipta satu keadaan di mana penunggang boleh fokus pada tunggangan mereka.
 

Yamaha


"Dengan adanya bantuan ini, kami mahu membawakan keseronokan tunggangan, serta ketenangan minda kepada pelbagai jenis penunggang.

Menjelang 2050, Yamaha mempunyai sasaran untuk mengurangkan jumlah kemalangan motosikal sehingga sifar, dan AMSAS merupakan salah satu teknologi yang boleh diguna pakai beserta dengan teknologi sedia ada seperti Sistem Brek Bersepadu (Unified Brake System) yang sudah wujud pada model Tracer 9 GT+.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini dibuktikan menerusi penemuan pendaftaran paten di Jerman pada Jun 2022 dimana ia menampilkan…