Sistem gantungan ajaib Bose kini memasuki fasa produksi

oleh Mohamad Hanif|
Bose mungkin lebih dikenali sinonim sebagai syarikat yang mereka bentuk, dan menghasilkan peralatan sistem audio bagi kegunaan peribadi mahupun pada sistem hiburan yang dipasang pada kenderaan.

Namun, tahukah anda Bose pernah menunjukan prototaip sistem gantungan elektromagnetik?



30 tahun yang lalu, Bose pernah menunjukkan demonstrasi menggunakan dua buah kereta Lexus bagi menunjukkan bagaimana sistem gantungan mereka mampu meredah bonggol dan melayani selekoh tanpa menyebabkan olengan terlalu banyak dihasilkan pada badan kenderaan. 
 


Kini, hak cipta itu telah dimiliki oleh sebuah syarikat US bernama Clearmotion. 

CEO Clearmotion, Shak Avandhany menamakannya sebagai sistem casis digital dengan ciri pemanduan paling proaktif di dunia. 

Menurutnya, sistem gantungan itu mempunyai injap aktif yang membenarkan bendalir suspensi masuk dan keluar mengikut keadaan.
 
Terdapat accelerometer yang membaca keadaan jalan, seterusnya dalam masa yang singkat, ia akan memberikan reaksi yang tidak akan disedari oleh pemandu, dalam masa yang sama memberikan keselesaan kepada pemanduan. 
 

Sistem gantungan ajaib ini bakal memasuki fasa produksi seawal 2019 dengan beberapa buah syarikat pengeluar kenderaan kini menunjukkan minat bagi memuatkannya di dalam kenderaan mereka. 

Ini sememangnya sangat sesuai sekiranya pihak pengeluar tempatan menggunakan teknologi ini di jalan Malaysia yang sememangnya indah berombak bak lautan. 

Sumber: CarThrottle
 

Add new comment

Careta Ad