Sistem caj EV 15 minit dari Israel bakal dilancar di Eropah dan US

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebuah syarikat Israel telah menghasilkan sistem pengecaj pantas EV berdasarkan teknologi roda tenaga (flywheel) bakal dilancarkan secara komersil di Eropah, US dan Israel.

Dihasilkan oleh Zooz Power, ia menggunakan tenaga dari grid elektrik untuk memutarkan lapan roda besi (dengan berat setengah tan untuk satu roda) untuk setiap unit pada kelajuan 17,000 RPM.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Proses itu menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik dan bila ia mahu mengecaj sebuah EV, tenaga kinetik itu ditukar balik ke tenaga elektrik untuk dimasukan ke bateri EV tersebut dengan kepadatan tinggi sehingga bateri penuh dalam masa 15 minit.

Menurut CEO Boaz Weizer, penggunakan ilmu fizik tidak akan mencemarkan alam seperti kaedah kimia yang perlu untuk menyimpan elektrik di dalam bateri pada pengecaj.

Tenaga kinetik juga tidak akan menjadi semakin lemah mengikut usia, seperti teknologi kimia pada bateri.

Laporan penuh di laman web Times Of Israel

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia hanya untuk pemilik individu dan bukan untuk kegunaan perdagangan seperti teksi, p-hailing dan…
Berita Domestik
Beliau berkata terdapat sasaran 10,000 kemudahan pengecasan EV di seluruh negara menjelang tahun…
Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…