Sistem ARC - inovasi pertama di dunia tingkat efisiensi barisan produksi Honda Thailand

oleh Mohamad Hanif|
Selain memandu uji Honda Civic facelift 2019, pihak media automotif Malaysia turut diberikan peluang melawat fasiliti pemasangan Honda yang terletak di Rojana Industrial Park, Prachinburi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Fasiliti yang dibina atas tanah berkeluasan 2.56 juta meter persegi ini mempunyai bilangan pekerja seramai 1,400 orang termasuklah pekerja bermusim, dan mempunyai kapasiti pengeluaran 120,000 unit setahun.

Selain memasang model-model Honda untuk kegunaan negara-negara di ASEAN, Honda juga mengeksport hasil pemasangan dari kilang ini ke negara luar seperti di Timur Tengah, kepulauan Caribbean serta beberapa pasaran kecil di serata dunia. 

 


Menelan belanja sebanyak 17.15 billion Baht (RM2.35 billion), fasiliti Honda Assembly Plant Prachinburi ini sangat unik kerana ia mementingkan kadar keberkesanan yang cukup tinggi bermula dari awal sehinggalah kepada akhir proses pemasangan. 

Terima kasih kepada implementasi sistem yang digelar sebagai Assembly Revolution Cell (ARC), ia merupakan inovasi pertama yang mampu meningkatkan kadar kecekapan pengeluaran sebanyak 10 peratus berbanding sistem konvensional. 

 


Menggunakan sistem penghantar yang mengagihkan komponen dalam jumlah yang tetap, ia mampu mengurangkan pergerakan yang berlebihan dan tidak diperlukan oleh pekerja, sekaligus menjimatkan penggunaan tenaga ketika pemasangan sesebuah model.

Sistem ARC ini turut dibantu dengan sistem tambahan, dikenali sebagai PLUTO System, sistem berbantu berbentuk visual dan audio bagi mengurangkan kadar kesalahan pemasangan untuk sesetengah bahagian yang kompleks, serta sistem DISC yang membekalkan komponen yang betul dan tepat untuk setiap fasa pemasangan. 

Selain daripada itu, Honda juga turut mementingkan aspek penjimatan tenaga untuk keseluruhan sistem pemasangan yang merangkumi:

 

Penggunaan sistem penghantar berasaskan pergerakan air

 

'Water Conveyor', tidak seperti sistem penghantaran biasa menggunakan tenaga elektrik, ia menggunakan sistem pergerakan air yang digunakan semula dari proses pengimpalan profuksi. 

Sistem conveyor ini digunakan untuk mengangkut badan putih (white body) dan komponen ke barisan pengimpalan. 

 

Penggunaan cat lebih mesra alam


Cat jenis water-borne (water-borne paint) digunakan dalam setiap barisan produksi model Honda di Prachinburi.

Berbanding penggunaan kebiasaan '4-coat/3-bake' di dalam industri, Honda menggunakan formula '3-coat/2-bake' di mana proses salutan tengah (middle coating process) dapat dielakkan dan mampu mengurangkan emisi CO2 dan sebatian organic yang tidak menentu (VOC). 

 

Penggunaan skylight roof


Menariknya, ketika kami melawat fasiliti pemasangan ini, kilang Honda menggunakan satu cara bagi mengurangkan kadar kebergantungan kepada tenaga elektrik, iaitu dengan memasang skylight roof

Ia mampu menyalurkan tenaga cahaya matahari secara terus ke setiap sudut seksyen kilang bagi mengurangkan penggunaan lampu di waktu siang. 

Sistem ventilasi pula menggunakan kipas bumbung dan kipas jet untuk mengalirkan udara tanpa bergantung kepada penggunaan sistem pendingin hawa. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Aion akan berkolaborasi dengan Indomobil Group yang berpengkalan di Jakarta untuk memasang EV di…
Berita Global
Januari lepas, Boeing membuka sebuah pusat kejuruteraan dan teknologi di Bengaluru dengan kos…
Berita Global
Operasi yang bermula Februari itu telah meningkatkan pengeluaran kilang tersebut sebanyak 70…