SISMA AUTO BUKA PUSAT 3S PREMIUM BAHARU DI SUNGAI BESI

oleh Firdaus Razani|
SISMA Auto Hub baru-baru ini membuka satu lagi cawangan 3S pelbagai jenama di Sungai Besi dan merupakan cawangan kedua yang dibuka berikutan kejayaan cawangan Glenmarie yang dibuka pada Februari 2022 lalu.

Dengan pembukaan cawangan kedua ini, pelanggan dapat merasai pengalaman 3S premium sama ada untuk membeli kereta impian, menjual atau mendapatkan servis bagi sebarang jenama kereta mewah.

 

sismaauto

 

Pelanggan boleh membeli kereta mewah terpakai dengan membuat pilihan daripada rangkaian kereta terpilih yang telah menjalani pemeriksaan untuk sentiasa dalam keadaan yang terbaik.

Selain itu, Pelanggan juga boleh menjual kereta mewah mereka di SISMA Auto Hub dan kakitangan profesional yang berpengalaman akan membuat penilaian yang wajar untuk membantu melancarkan proses jualan.

 

sismaauto

 

Pusat servis SISMA Auto Hub juga mempunyai kelengkapan dan peralatan diagnostik terkini untuk menyenggarakan semua jenama kereta buatan Eropah dan menyediakan perkhidmatan untuk semua jenama kereta mewah.

Pasukan SISMA Auto Hub terdiri daripada mekanik terlatih mampu menjalankan kerja-kerja servis, penyenggaraan dan pembaikan, termasuklah kerja pembaikan besar.

Tambahan itu, perkhidmatan lain yang disediakan adalah servis tayar, penjajaran dan pengimbangan roda, servis penyaman udara dan penukaran cermin depan.

 

sismaauto

 

SISMA Auto Parts turut boleh memperolehi alat ganti berjenama dan yang dikeluarkan oleh pengeluar peralatan asli (OEM) untuk memberikan penjimatan yang lebih banyak dan nilai yang lebih baik.

Di samping itu, SISMA Auto juga dapat membantu dalam proses tuntutan insurans bagi kes kemalangan dan juga merupakan pembaik panel bagi Warranty Smart, yang merupakan penyedia waranti kenderaan terkemuka.

 

sismaauto

 

Lokasi Sisma Auto Hub Sungai Besi baharu terletak di Wisma Sisma di 855, Lebuhraya Sungai Besi, Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur.

Waktu operasi adalah dari 9.00 pagi hingga 7.00 malam dari Isnin hingga Jumaat, dan dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang bagi Sabtu dan Ahad.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan pembukaan pusat 3S baharu ini, pelanggan boleh mendapatkan kereta idaman, menjual kembali…