Sisma Auto buka pusat 3S baharu BYD di Glenmarie, Shah Alam

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Kumpulan automotif premium dengan pelbagai jenama, SISMA Auto hari ini telah melancarkan pusat 3S BYD baharu dan terbesar, bertempat di Glenmarie, Shah Alam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pusat 3S baharu yang menelan belanja RM5 juta itu menampilkan kemudahan BYD kelas A yang merangkumi bilik pameran untuk sembilan buah kereta dan 16 ruang servis bagi memenuhi kehendak pelanggan.

 

2

 

Bukan sahaja BYD Atto 3, bilik pameran di pusat 3S itu akan mempamerkan beberapa model lain yang bakal dilancarkan untuk pasaran Malaysia.

16 ruang servis itu juga mampu memenuhi kapasiti untuk menerima lebih 1,000 pelanggan sebulan.

 

3

 

Selain fasiliti berkelas A, pusat servis baharu itu turut dilengkapi peralatan diagnosis terkini, alat dan kelengkapan khas bersama kawasan simpanan dengan suhu terkawal untuk menyimpan komponen bateri kuasa yang sensitif.

Antara yang menarik, pusat 3S baharu itu turut memiliki Bilik Kenderaan Tenaga Baharu yang dikhususkan untuk membaiki komponen voltan tinggi.

 

4

 

Dua pengecas pantas DC turut disediakan dii ruang parkir pusat 3S baharu bagi memberikan kemudahan tambahan kepada pelanggan BYD.

Sempena pembukaan pusat 3S BYD di Glenmarie, BYD SISMA Auto akan mengadakan karnival Electric Dreams bermula 2 hingga 11 Jun 2023, dari 10 pagi hingga 5 petang bertempat di pusat 3S yang baru dibuka itu.

 

5

 

Bilik pameran pusat 3S BYD SISMA Auto itu akan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang pada hari Isnin hingga Sabtu, dan dari 10 pagi hingga 5 petang pada hari Ahad dan cuti umum.

BYD SISMA Auto itu beralamat di No 19, Jalan Perintis U1/52, TEMASYA INDUSTRIAL PARK GLENMARIE, 40150 Shah Alam, Selangor.

 

5

 

Perkhidmatan pelanggan juga boleh dihubungi melalui nombor telefon 03-55692260 atau melalui emel di [email protected], untuk sebarang maklumat lanjut juga anda boleh layari laman web BYD SISMA Auto.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan pembukaan pusat 3S baharu ini, pelanggan boleh mendapatkan kereta idaman, menjual kembali…
Berita Domestik
Gabungan ini dikatakan mampu memperkukuh pengendalian perniagaan runcit mereka di dalam negara…
Berita Domestik
Sime Darby Auto Connexion (SDAC) telah diiktiraf sebagai pemenang keseluruhan dengan skor tertinggi…