Sisa roket China akhirnya jatuh di Lautan Hindi

oleh HEZERI SAMSURI|
Penduduk bumi bernasib baik kerana sisa-sisa roket Long March 5B milik China yang tidak dapat dikawal ketika masuk ke atmosfera bumi itu dilaporkan sudah terhempas dengan selamat di Lautan Hindi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sisa-sisa komponen itu mula memasuki ruang udara bumi pada jam 10.42 pagi waktu Beijing dan terhempas di lokasi berkoordinat longitud 72.47 darjah timur dan latitud 2.65 darjah utara.

Lokasi tersebut berada di barat daya India dan Sri Lanka. Turut dilaporkan kebanyakan sisa-sisa roket itu telah terbakar ketika masuk ke atmosfera bumi.

Kerajaan China tidak mengeluarkan sebarang pengumuman meminta maaf kepada mana-mana kerajaan dunia di atas insiden ini, walaupun ini ialah kali kedua roket buatan negara tersebut hilang kawalan ketika memasuki atmosfera bumi.

Bulan Mei tahun lalu, serpihan roket China telah terjatuh di atas bangunan-bangunan di Ivory Coast tetapi tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa.

Kali terakhir roket-roket negara barat jatuh tanpa kawalan ialah dalam tahun 1979 bila stesen angkasa SkyLab terhempas di kawasan barat Australia.

Namun begitu, ia adalah satu kemalangan dan tidak ada sebarang kecederaan atau kematian. 

Sejak dari itu, kesemua objek buatan manusia yang jatuh dari angkasa akan dikawal untuk samada terbakar di ruang atmosfera atau jatuh di mana-mana lautan jauh dari tempat tinggal manusia.

China dilihat dalam usaha untuk mengejar kemajuan angkasa lepas seperti Eropah, US dan Rusia tetapi negara kapitalis komunis itu tidak menghiraukan sebarang kecaman atau risiko-risiko kepada pihak lain.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Ketua Pereka Bentuk Roket Pembawa Long March 2F Korporat Sains dan Teknologi Angkasa Lepas…
Berita Global
  Roket suborbital Vikram-S itu dilancarkan dari Pusat Angkasa Satish Dhawan Pertubuhan…
Berita Global
  Pakar-pakar berkata, kebimbangan tersebut adalah berpunca daripada roket Long March 5B yang…