Siri perlumbaan virtual MICHELIN 2021 kini dibuka

oleh SALINA JALIL|
Buat pertama kalinya, MICHELIN Malaysia telah melancarkan Siri Perlumbaan Virtual MICHELIN 2021. Ia merupakan sebuah pertandingan e-Perlumbaan yang akan berlangsung pada bulan Jun hingga Julai ini.


Kepada yang berminat, pendaftaran bermula dari hari ini sehingga 27 Jun.


94 peserta terbaik dengan catatan masa paling pantas akan melalui Sesi Pengesahan, dan kemudian menyertai perlumbaan dalam Pusingan Kejohanan.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan berjumlah RM70,000, termasuk ganjaran berupa tayar kereta penumpang dan barangan MICHELIN serba eksklusif.

 

Kategori

Hadiah

Kategori ‘Expert’ & ‘Advanced’:

Tempat ke-1 – ke-3

Satu set tayar kereta penumpang MICHELIN

DAN

‘MICHELIN Office Racing Chair’

DAN

Hadiah Tunai:

Tempat ke-1 – RM 3,000

Tempat ke-2 – RM 1,500

Tempat ke-3 – RM 500

Kategori ‘Expert’ & ‘Advanced’:

Tempat ke-4 – ke-12

Satu set tayar kereta penumpang MICHELIN (bersaiz sehingga 16 inci)

Kategori 24 Terbaik ‘Expert’ & ‘Advanced’

Satu set lengkap barangan eksklusif MICHELIN

‘Best Livery Challenge’

Satu set tayar kereta penumpang MICHELIN (bersaiz sehingga 16 inci)

DAN

Barangan MICHELIN

1,000 pendaftaran pertama yang berjaya

Seunit barang eksklusif MICHELIN

 


Siri Perlumbaan Virtual MICHELIN 2021 merupakan langkah pertama MICHELIN dalam industri e-sukan tempatan, mencerminkan hala tuju baharu jenama ini dalam menjulang keinklusifan mobiliti – “Motion for Life”. 

 


Siri Perlumbaan Virtual MICHELIN 2021 akan berlangsung secara eksklusif di Gran Turismo Sport, dan merupakan acara e-Perlumbaan rasmi yang disokong oleh Persatuan Permotoran Malaysia (MAM).


 

 

Oliver Biggart, Pengarah Urusan MICHELIN Malaysia, Singapura dan Brunei berkata, “Sebagai penyokong aktif industri e-sukan dan permainan video di persada global, kami juga berbangga untuk mengunjurkan sokongan kami di peringkat tempatan menerusi Siri Perlumbaan Virtual MICHELIN yang pertama di Malaysia. 

 


Dengan penularan pandemik berskala global yang membataskan pergerakan kita di luar, kami ingin menggalakkan rakyat Malaysia – yang memainkan peranan mereka dengan menyahut seruan kerajaan untuk berdiam di rumah dan menjaga keselamatan diri dan orang lain – untuk mengambil bahagian dalam inisiatif ini bersama kami dari keselesaan rumah masing-masing.”

 


Sebagai rakan penaung rasmi bagi pertandingan seperti Gran Turismo Championships (Berpiawaian FIA), MotoGP™ eSport Championship dan banyak lagi, MICHELIN bergiat aktif dalam arena perlumbaan simulasi di peringkat global. 

 


MICHELIN juga merupakan rakan penaung rasmi bagi acara Le Mans 24 Hours Virtual pada tahun lalu, yang telah menyaksikan sebuah grid dengan 50 kereta lumba jenis Prototaip dan GT memanfaatkan produk MICHELIN bagi edisi virtual acara perlumbaan Le Mans 24 Hours – turut hadir dengan simulasi pelbagai cuaca dan strategi tayar perlumbaan yang sebenar.

 

“Berslogankan ‘Motion for Life’, MICHELIN ingin mencari kaedah berinteraksi yang baharu agar dapat menjalin dan merapatkan hubungan sesama kita, walaupun menerusi platform virtual,” jelas Biggart.

 


Dibuka kepada semua, pertandingan Siri Perlumbaan Virtual MICHELIN 2021 akan berlangsung dalam tiga fasa sepanjang tempoh enam minggu yang akan datang.

 


Ia bermula dengan pendaftaran ujian masa yang dibuka pada hari ini sehingga 27 Jun, 11:59 malam. 94 peserta terbaik dengan catatan masa paling pantas di litar, Sardegna Road Track A II menggunakan BMW M6 GT3 M Power yang dilengkapi dengan tayar medium perlumbaan akan mara ke Sesi Pengesahan.

 


Setelah fasa pengesahan selesai (30 Jun hingga 6 Julai), para peserta akan dibahagikan mengikut kumpulan untuk menyertai Pusingan Kejohanan Siri Perlumbaan Virtual MICHELIN 2021. 

 

Peringkat Pertandingan

Tarikh

Waktu

Penyertaan Ujian Masa

7 – 27 Jun 2021

Sehingga 11:59 malam, 27 Jun 2021

Sesi Pengesahan

30 Jun – 6 Julai 2021

Para peserta akan dihubungi untuk slot masa mereka

Pusingan Kejohanan

Pusingan 1 (Advanced)

10 Julai 2021

10:00 pagi – 1:00 petang

Pusingan 1 (Expert)

2:30 petang – 5:00 petang

Pusingan 2 (Advanced)

11 Julai 2021

10:00 pagi – 1:00 petang

Pusingan 2 (Expert)

2:30 petang – 5:00 petang

Pusingan 3 (Advanced)

17 Julai 2021

10:00 pagi – 1:00 petang

Pusingan 3 (Expert)

2:30 petang – 5:00 petang

Pusingan Separuh Akhir

18 Julai 2021

10:00 pagi – 1:00 petang

Pusingan Akhir

3:00 petang – 5:00 petang

 

Peringkat Pusingan akan berlangsung sepanjang dua minggu yang selanjutnya – 10 & 11 Julai serta 17 & 18 Julai.

 

 

Peringkat Pusingan Kejohanan akan disiarkan secara langsung dan warga umum boleh menonton aksi Siri Perlumbaan Virtual MICHELIN 2021 di strim siaran langsung Facebook yang rasmi di https://www.facebook.com/MichelinMalaysia

 


Untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai Siri Perlumbaan Virtual MICHELIN 2021, sila layari http://vracingseries2021.michelin.com.my.

Berita Berkenaan

Tekno Careta
Pertamanya, Michelin Power 6 merupakan tayar motosikal berprestasi yang direka untuk memberikan…
Berita Domestik
Pelanggan yang membeli minimum dua hingga empat unit model tayar Kereta Penumpang, SUV, atau Trak…
Berita Domestik
Mulai hari ini hingga 29 Februari 2024, pelanggan yang membeli dua tayar MICHELIN bersaiz 18 inci…