Siri animasi pengganti Initial D, MF Ghost dilaporkan dalam pembikinan

oleh Mohamad Hanif|
Minat penulis terhadap bidang automotif memang bermula daripada siri animasi (anime) Initial D.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun tahukah anda, pelukis asal Initial D, Shuichi Shigeno sebenarnya sudah pun mempunyai sebuah lagi projek animasi baharu, iaitu MF Ghost berdasarkan komik berjudul serupa yang telah diterbitkan sejak 2017 lagi.

Siri MF Ghost mengambil tempat pada tahun 2020-an, di mana pada ketika itu dunia sedang dikuasai oleh kenderaan autonomi (swapandu) dan siri perlumbaan MFG merupakan cubaan terakhir untuk mengekalkan tradisi kereta yang dipandu oleh manusia.
 

MF Ghost


Tidak seperti Initial D, MFG lebih bersifat universal dengan penampilan watak-watak antarabangsa, serta penampilan model kenderaan yang lebih meluas seperti Porsche, BMW, Alfa Romeo serta Lamborghini (sekadar memetik beberapa contoh).

Menurut laporan daripada Japanese Nostalgic Car, produser di Avex (yang turut bertanggungjawab menghidupkan anime Initial D) menjelaskan segala not enjin dan ekzos adalah diambil daripada kereta sebenar.
 

MF Ghost


MF Ghost mengisahkan watak utama, Kanata Livington berhijrah dari UK ke Jepun demi mencari bapa kandungnya yang sudah lama hilang.

Dalam siri ini, Kanata menyertai siri perlumbaan MFG dengan menggunakan sebuah Toyota GT86, dan menariknya beliau merupakan anak didik kepada salah seorang watak terkenal dari Initial D.

Siri anime MF Ghost hanya akan ke udara pada tahun 2023.

 

Sumber: Japanese Nostalgic Car

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam siri tersebut, ia merupakan Mazda RX-7 FD3S yang dipandu oleh watak Keisuke Takahashi yang…
Berita Global
Anda masih lagi boleh melihat betapa aktifnya beliau di dalam beberapa acara sukan permotoran (…
Berita Global
Menurut laman berita tersebut, Sung Kang dilapor sedang membangunkan dua projek filem terbaharu,…