Singer Porsche 911 Turbo Study - model Singer pertama dengan induksi paksaan turbo

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum ini, Singer lebih dikenali kerana membawakan pendekatan yang moden terhadap model-model klasik Porsche sejukan udara, namun kali ini syarikat itu memecahkan tradisi dengan memperkenalkan Porsche 911 Turbo Study, model pertama talaan Singer dengan induksi paksaan turbo.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Projek Turbo Study ini tampil dengan enjin boxer flat-six 3.8 liter turbo berkembar yang mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 450 kuasa kuda.

Namun Singer mampu menala kembali output kuasa yang berbeza mengikut spesifikasi yang dikehendaki pemilik.
 

Turbo


Selain itu, ia juga boleh ditetapkan dengan versi pacuan roda belakang atau semua roda dengan gandingan transmisi manual enam kelajuan.

Versi contoh yang diperlihatkan  ini didatangkan dengan warna Wolf Blue, di mana pemilik mahukan Porsche 911 Turbo ini dengan sistem pacuan roda belakang, suspensi touring, serta sistem brek seramik karbon.
 

Singer


Sementara kemasan ruang kabin pula didatangkan dalam warna Malibu Sands diikuti dengan aksen kayu Black Forest.

Panel luar badan diperbuat daripada gentian karbon, sementara rekaan sayap belakang itu dihasilkan sendiri oleh Singer yang dilihat sebagai satu rujukan kepada model asal turbo tahun 1970an.
 

Singer


Bukan itu sahaja, Singer juga turut menaiktaraf spesifikasi model Turbo ini dengan menambah ciri seperti brek anti-kunci, stereng berkuasa, kawalan cengkaman, kawalan jelajah, serta tempat duduk dengan ciri pemanas dan kawalan berkuasa elektrik.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia menggandingkan input yang diperoleh daripada projek Singer yang terdahulu iaitu Dynamic and…
Berita Global
Lebih mengujakan penulis apabila syarikat Singer yang sangat terkenal dengan projek restomod…
Berita Global
Menurut laporan daripada Top Gear, Singer dikatakan akan menghentikan produksi model klasik Porsche…