Singer perlihat dua model DLS di Goodwood - restorasi 911 berkuasa 500 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Singer merupakan antara penala yang terkenal dengan produk-produk Porsche 911 berenjin sejukan udara, dan baru-baru ini mereka membawakan dua buah model 964 yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Dynamics and Lightweighting Study (DLS) di Goodwood Festival of Speed 2021.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Merujuk kepada nama DLS, ia sebenarnya merupakan satu pendekatan Singer dalam menawarkan restorasi 911 yang lebih ringan dan pantas.

Kedua-dua model DLS 911  ini menampilkan enjin flat-six yang unik berkapasiti 4.0 liter menghasilkan tidak kurang daripada 500 kuasa kuda @ 9,000 rpm, dan diseimbangkan lagi dengan penggunaan bahan gentian karbon untuk aerodinamik yang lebih berkesan.

Selain daripada itu, DLS 911 ini turut mendapat manfaat daripada sistem suspensi depan jenis double-wishbone, serta suspensi belakang yang lebih ringan, sementara rim magnesium jenis kekunci tengah dibaluti dengan getah Michelin Pilot Sport Cup 2.

 


Tidak ketinggalan, sistem kawalan moden seperti kawalan cengkaman, kawalan kestabilan serta beberapa mod pemanduan bagi membolehkan pemandu mendapat kawalan yang sewajarnya terhadap 911 Singer ini.

Sebanyak 75 unit DLS 911 yang akan dihasilkan, dan setiap satu akan dispesifikasikan mengikut kehendak pelanggan dan ini membawa maksud, tiada dua kereta akan mempunyai spesifikasi yang sama apabila keluar daripada kilang.

Dua unit model contoh yang diperlihatkan menerusi acara Goodwood Festival of Speed terdiri daripada komisyen Oxford dan komisyen Unico.

911 Oxford ini menampilkan warna luaran Oak Green Metallic dengan kemasan trim Champagne, sementara ruang kabin pula dikemaskan dengan warna Bone White dan Tartan.

 


911 Unico pula mendapat warna Absinthe Green di mana ia dikontraskan dengan warna Blood Orange dan trim Nickel untuk bahagian luar serta ruang kabin.

Selain daripada itu, Singer juga turut mengumumkan lokasi operasi baharu mereka yang bertempat di UK, di mana ia akan menjadi 'ibu pejabat' buat kereta-kereta DLS baharu mereka.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia menggandingkan input yang diperoleh daripada projek Singer yang terdahulu iaitu Dynamic and…
Berita Global
Lebih mengujakan penulis apabila syarikat Singer yang sangat terkenal dengan projek restomod…
Berita Global
Menurut laporan daripada Top Gear, Singer dikatakan akan menghentikan produksi model klasik Porsche…